Mengantuk yang berlebihan adalah apabila kita merasa sangat letih atau mengantuk pada siang hari. Tidak seperti keletihan biasa, rasa mengantuk yang berlebihan membuatkan kita merasa sangat letih sehingga ia mengganggu fokus dalam belajar atau kerja, dan mungkin juga hubungan anda dan juga tugasan seharian.
Mengantuk adalah perkara biasa bagi setiap manusia, tetapi jika ianya mengantuk yang melampau, mesti ada sesuatu yang tidak kena. Terdapat beberapa masalah berkaitan tidur yang boleh menyebabkan anda menguap dan mengantuk melebihan.
Apnea
Apnea adalah keadaan serius di mana seseorang berhenti dan mula bernafas kembali berulang kali sepanjang malam. Ia boleh membuatkan anda berasa mengantuk pada siang hari (Rujukan 1).
Apnea juga mempunyai beberapa gejala termasuklah :
- berdengkur semasa tidur
- terjaga dengan sakit tekak dan sakit kepala
- hilang fokus
Gambar : Nelson Dentistry
Apnea tidur juga boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi dan masalah jantung lain, serta diabetes jenis 2 dan obesiti .
Sebenarnya terdapat dua jenis apnea yang utama. Masalah ini boleh menyebabkan rasa mengantuk yang berlebihan, kerana ianya membuat tubuh badan manusia tidak mendapat tidur yang cukup dalam pada waktu malam. Jenis apnea adalah (Rujukan 1):
- Apnea tidur obstruktif (Obstructive Sleep Apnea(OSA)) . Ini berlaku apabila tisu di belakang tengkuk dalam keadaan relax semasa anda tidur dan sebahagiannya menyekat saluran udara anda.
Gambar : BioTuesdays - Apnea tidur tengah (Central Sleep Apnea(CSA)) . Ini berlaku apabila otak tidak menghantar isyarat saraf yang betul kepada otot yang mengendalikan pernafasan anda semasa tidur yang membuatkan tidur anda terganggu (Rujukan 1).
Gambar : Schneider Clinic
Restless Leg Syndrome
Restless Leg Syndrome atau RLS membuatkan seseorang tidak selesa pada bahagian kaki. Seseorang akan merasakan ngilu dan berdenyut pada kaki yang sangat tidak selesa. Terdapat juga situasi dimana seseorang akan merasa tidak selesa di kaki sama ada tiba-tiba gatal atau kejang ketika tidur. RLS menjadikan mereka yang mengalaminya sukar untuk tidur, menyebabkan keletihan pada keesokan harinya.
Tiada kajian yang jelas mengenai hal ini. Berkemungkinan juga terdapat komponen genetik yang mempengaruhi RLS. Ramai saintis juga percaya bahawa masalah dengan sistem saraf otak, kawasan yang bertanggungjawab untuk pergerakan, adalah pada punca terjadinya RLS (Rujukan 1).

Narcolepsy
Narcolepsy adalah serangan tidur yang mendadak tanpa ada tanda-tanda mengantuk. Ianya berpunca dari kerosakan kronik pada bahagian otak yang menyebabkan otak gagal mengawal tidur dan bangun seseorang (rujukan 2).
Contohnya seperti seseorang yang tiba-tiba jatuh tidak sedarkan diri saat melakukan aktiviti harian, ramai yang menganggap mangsa pengsan, tapi sebenarnya mangsa hanya tidur biasa(Rujukan 2).
Punca sel hyproaretin dalam otak menjadi lemah adalah kerana luka lama yang melibatkan kerosakan otak,tumor, efeksi dan stress yang melampau. Ia juga boleh terjadi akibat perubahan hormon yang biasa terjaddi pada seseorang yang menopaus atau yang baru baligh dan perubahan pada jadual tidur harian(Rujukan 2).

Kemurungan
Kemurungan juga adalah salah satu punca terjadinya mengantuk melebihan ini kerana kemurungan membuatkan si penghidap sukar tidur dan waktu tidur tidak digunakan sebaiknya. Selain itu, si penghidap juga mungkin tidur lebih banyak atau kurang daripada yang gunakan (Rujukan 1).
Jika seseorang tidak tidur dengan baik pada waktu malam, dia mungkin mengalami rasa mengantuk yang melampau pada siang hari. Kadangkala perubahan tidur adalah tanda awal kemurungan (Rujukan 1).
Kemurungan mempunyai banyak sebab termasuklah tahap kimia otak tertentu yang tidak normal iaitu masalah dengan kawasan otak yang mengendalikan mood atau peristiwa traumatik yang membuat seseorang sukar untuk dilupakan (Rujukan 1).

Kesan Sampingan Ubat
Satu lagi kajian telah menunjukkan bahawa orang yang berusia menghabiskan masa paling banyak di tempat tidur tetapi mendapat nikmat tidur yang paling rendah. Mengikut kajian, kualiti tidur semakin berkurangan bagi orang dewasa pertengahan umur. Seseorang yang berusia kurang dari itu akan mengalami sedikit masa dalam jenis tidur yang lebih dalam dan bangun lebih banyak pada lewat malam(Rujukan 1).
Antara sebab lain yang menjadi punca mengantuk secara berlebihan ialah (Rujukan 3):
- kurang senaman fizikal dan kurang aktif
- kekurangan darah
- kurang air dalam badan
- diabetes
- terlebih makan
Gambar : twitter Geng Farmasi Otai
Berikut adalah nasihat umum yang boleh diamalkan oleh sesiapa yang mengalami situasi ini (Rujukan 4).
- Latih diri untuk mengikut jadual tidur yang tepat dan sama untuk setiap hari supaya tidak kekurangan tidur
- Dapatkan vitamin D secukupnya dari cahaya matahari setiap pagi dapat menyegarkan minda anda dan mengurangkan rasa mengantuk
- Cuci muka menggunakan air sejuk setiap kali anda mengantuk
- Minum teh hijau setiap pagi akan mengurangkan rasa mengantuk
- Minum air limau setiap pagi akan mencergaskan minda anda
- Makan sarapan pagi yang berkhasiat
- Bersenam setiap hari
Rujukan