Siakap Keli

Bawa Anak Kecil Ke Panggung Wayang, Sedar Atau Tidak Ianya Bahaya Untuk Bayi

Menonton wayang adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan buat seisi keluarga.  Hari ini, selaras dengan zaman moden masa kini, dapat kita saksikan ramai para ibu bapa yang mula membawa anak menonton wayang sebagai salah satu aktiviti luar yang memfokuskan aspek visual.

Pun begitu, ibu bapa perlu tahu tahap kesesuaian anak-anak bagi aktiviti luar seperti ini.  Anak kecil yang berusia kurang 2 tahun mempunyai telinga kecil dan sensitif terhadap bunyi yang kuat.  Secara tak sengaja, bunyi dentuman panggung itu berpotensi merosakkan gegendang telinga anak anda secara kekal.

Oleh itu, ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap keselamatan dan kesihatan anak terlebih dahulu sebelum memilih keseronokkan sementara atau ‘trend’ masa kini.

Perkongsian dibawah ini wajar dijadikan panduan, semoga bermanfaat buat semua terutama buat para ibu bapa muda yang mungkin masih tidak tahu tentang kesan buruk panggung wayang buat bayi.  Mari kita baca penjelasan dibawah.

Trend ibubapa bawa bayi ke panggung wayang: Anda sedar atau tidak, ia merbahaya?

Screenshot pertama ialah balasan mesej dari GSC cinema Malaysia kepada saya sendiri. Dua screenshot terakhir adalah pengakuan pekerja panggung wayang luar negara.

Keduanya mengesahkan hal yang sama: panggung wayang BUKAN tempat buat anak di bawah 2 tahun.

Faktanya, pendedahan lama (anggaran lebih 2- 8 jam) kepada bunyi melebihi 85db-90db sangat berisiko buat pendengaran ORANG DEWASA apatah lagi buat anak kecil – (sumber: hearinglosthelp.com).

Untuk rekod perbandingan bunyi, penyedut hampagas sekitar 70db, perbualan biasa 60db dan gergaji elektrik ialah 110db. Bunyi wayang? Owhh…sangatlah banyak tingginya dari itu.

Ok pasti ada yang akan berkata, ‘Saya biasa je bawa baby gi wayang.Ok je tak de apa’
Soalannya, menonton wayang ini aktiviti ‘dambaan’ siapa? Ibubapa bayi atau bayi?

Tiada manfaat khusus aktiviti menonton wayang kepada anak kecil di bawah 2 tahun kepada perkembangan atau stimulasi pancaindera mereka. Taman permainan, taman rekreasi, ‘outdoor nature theme park’, pantai, gym kanak-kanak dan mana-mana tempat yang memberi anak peluang mengunakan keseluruhan derianya untuk ‘berada’ di dalam situasi itu, YA ini aktiviti yang berhak mereka dapatkan. Duduk menonton wayang? Ini untuk kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa.

Jika anda benar-benar perlukan ‘me time’ untuk menonton wayang, tinggalkanlah anak kecil anda sementara waktu kepada penjaga yang di percayai. Ini lebih baik dan selesa bukan saja buat anda, tetapi kepada orang lain juga.

Sumber: Baby Language

Nur Farra