Siakap Keli

(Video) Keadaan Semasa Dan Selepas Kebakaran Kampung Air Hujung Semporna

Kebakaran di Kampung Air Hujung Semporna yang berlaku lewat petang tadi dijangka melibatkan 302 buah rumah dengan lebih 2,000 mangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Semporna, Chacho Bullah berkata angka itu berdasarkan jumlah rumah di empat buah kampung kecil dalam perkampungan air itu yang turut terlibat.

“Kita hanya jangka kebakaran 10 rumah tetapi faktor tiupan angin dengan api besar mengakibatkan empat kampung kecil di dalam Kampung Air Hujung Semporna itu musnah,” katanya ketika ditemui di sini, malam ini.

Sementara itu, Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Tawau Ismaidi Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran pada 5.58 petang dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

“Pihak kami menghadapi kesukaran memadamkan api akibat rumah kayu yang dibina rapat,” katanya.

Ismaidi berkata kerja-kerja memadamkan api masih dijalankan, melibatkan 43 pegawai dan anggota serta empat jentera dari Balai Bomba Semporna, Tawau dan Kunak selain dibantu anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam.

Beliau berkata seorang anggotanya dikejarkan ke Hsopital Semporna akibat sesak nafas.

Menurutnya rumah pertama yang terbakar juga sudah dikenal pasti dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian. – Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)