Siakap Keli

(Video) Ada Bau Busuk, Saya Bakar La Sampah Tu, Rupanya Saya Terbakar Mayat Bayi Sekali

Seorang lelaki di Indonesia tidak menyangka tindakannya membakar longgokan sampah yang berbau busuk akhirnya membawa kepada penemuan satu mayat bayi baru lahir yang turut terbakar bersama-sama sampah tersebut.

Menurut Putra, kejadian tersebut berlaku di kawasan Perumahan Muka Kuning Permai II Kurahan Buliang, Kecamatan Batuaji, Batam, pada Rabu lepas.

Ketika kejadian, Putra keluar mahu membuang sampah di kawasan pembuangan sampah tersebut. Dia bagaimana pun yang terhidu bau busuk kemudian bertindak membakar longgokan sampah tersebut. Tidak lama kemudian, dia menyedari terdapat satu bungkusan aneh yang ada bersama-sama dengan longgokan sampah tersebut.

”Bungkusan tersebut bewarna coklat, setelah saya memeriksanya, saya terkejut kerana ada mayat bayi hangus terbakar di dalamnya,” kata Putra.

Putra kemudian turut memaklumkan di segera mencari air bagi memadamkan api pada longgokan sampah tersebut sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Berdasarkan laporan portal berita tempatan, pihak polis mendapati bahawa bayi malang itu merupakan anak luar nikah yang dilahirkan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai En, asal Batam yang bekerja di Malaysia.

Wanita itu dikatakan telah mengandung anak tersebut di Malaysia dan pulang ke negara republik tersebut setelah kekasihnya enggan bertanggungjawab terhadap bayi yang dikandungnya itu.

“En merupakan Tenaga Kerja Asing (TKI) dan baru saja balik ke Indonesia melalui jalan Batam. En juga mengakui dirinya hamil sejak menjadi TKI di Malaysia dan ketika sudah sarat mengandung, dia telah kembali ke Indonesia,” kata polis.

 

Sumber : Kompas, Tribun Batam

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di