Siakap Keli

(Video) Bahaya Betul, ‘Dashcam’ Rakam Lelaki Terlelap Dalam Kereta Lebih 1 Minit

Satu rakaman video dari dalam kereta seorang lelaki menunjukkan dia telah terlelap ketika kereta dipandu dengan laju.  Sambil tangannya diletakkan di stereng kereta, lelaki tersebut tertidur hampir 1 minit dan sepanjang perjalanan itu dia langsung tak sedarkan diri.

Situasi ini dipanggil Sindrom Microsleep iaitu dimana keadaan badan tidur buat sementara waktu.  Bukan hanya lelaki ini, pasti ramai juga diantara kita yang pernah mengalami situasi yang sama.  Tapi bagi kes lelaki ini, terlelap sambil memandu selama 1 minit tanpa sedar adalah perkara yang sangat bahaya.

1 minit adalah satu jangka masa yang lama, apa-apa saja boleh berlaku ketika pemanduan ‘tanpa sedar’.  Untung saja lelaki berkenaan tidak mengalami kemalangan berat, dia walaubagaimana pun dikatakan telah melanggar satu sekatan jalan raya sekaligus membuatkannya tersedar daripada lena.  Dia kemudian berhenti di tepi jalan dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Buat anda semua, pastikan cukup tidur dan elakkan memandu dalam keadaan mengantuk ya, ingatlah orang yang tersayang.

Sumber: MSN

Nur Farra