Siakap Keli

Ada 4 Bulan Lagi Nak Habis Tahun 2018, Ini Cara Simpan Duit Ekstrim Dapat RM500 Sebulan

Walaupun kita ada lagi 4 bulan sebelum mengakhiri tahun 2018, namun masih belum terlambat dan tak pernah terlambat untuk kita mulakan tabiat menabung.

Mungkin cakap macam senang kan, tapi nak simpan duit ni memerlukan fokus dan tahap konsistensi yang maksima, barulah misi berjaya.

via GIPHY

Pelbagai kaedah menabung telah diperkenalkan semata-mata untuk menggalakkan kita mempunyai simpanan serta tak boros dalam pembelanjaan.  Tahu sajalah pusat beli-belah di Malaysia ni, mana yang tak pernah buat jualan murah? Setiap minggu ada sahaja potongan diskaun. Sanggup ke tahan nafsu?

Jadi, sebelum berakhirnya tahun 2018 ini, apa kata kita cuba menabung cara Tuan Hafizul.  Simpanan sebulan dianggarkan akan dapat sebanyak RM465, dalam masa 4 bulan terakhir ni korang akan dapat RM1860.  Macam mana nak buat? Jom kita baca perkongsian dibawah.

Tips simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:

1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.

2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.

3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.

Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.

Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.

3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.

Begitu, mudah je kan.

Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut.

Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya!

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00

Best kan! Seronok menyimpan macam ni!

Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan

Lebih kurang RM5,580. Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni?
– kumpul modal deposit rumah
– kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi)
– dana kecemasan keluarga
– dana pendidikan anak-anak
– dana umrah/haji
– spend 30% untuk bercuti, lebih simpan.

Posting ini lebih afdal tag pasangan, daripada marah-marah pasal Husna. Hihi

Hafizul Hakim
Sebarkan kebaikan!

Lebih banyak tips kewangan dan simpanan emas Public Gold di sini:https://t.me/MrHafizulHakim

Nur Farra