Siakap Keli

Bagi Alasan Nak ‘Berehat’ , Pelajar Tingkatan 4 Ditangkap Khalwat Di Hotel Bajet

Kulim : Seorang pelajar tingkatan empat antara yang termasuk dalam tiga pasangan kekasih yang ditahan dalam satu ops bajet 2.0 yang dilakukan di sekitar daerah itu.

Operasi yang bermula pada jam10.30 semalam disertai 20 anggota termasuk imam dan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda serta Bandar Baharu.

Menurut Ketua Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), Anwar Shariffudin Mad Saat serbuan pertama dilakukan di sebuah hotel bajet di Lunas dan telah menahan dua pasangan di dalam bilik berasingan.

Pasangan pertama iaitu remaja perempuan yang berusia 16 tahun dan teman lelakinya yang berusia 21 tahun datang dari Selama Perak.

Hasil soal siasat difahamkan mereka sudah tiga kali mendaftar masuk ke situ sejak dua minggu lalu dengan memberi alasan berhenti berehat sebelum bersiar-siar.

Manakala pasangan kedua datang dari lokasi berdekatan dan turut menggunakan alasan yang sama, lapor sebuah portal media.

Lokasi kedua serbuan adalah hotel bajet di Simpang Keladi yang berjaya menahan sepasang kekasih dari Pulau Pinang.

Mereka yang membawa dua beg pakaian turut memberi alasan mahu berkahwin tapi dihalang keluarga masing-masing.

Kesemua pasangan terbabit ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.