Siakap Keli

”Bertubi-tubi Mak Dia Buh Penampar, Baru Mengaku Mencuri” – Abang Polis

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja bukan lah satu isu baru yang dilaporkan media. Ramai yang terjebak dalam gejala sosial dalam umur yang masih muda, bayangkan bagaimana kehidupan mereka pada masa akan datang?

Tampil berkongsi pengalaman, seorang pengguna twitter yang yang telah menahan seorang remaja berusia 17 tahun yang berperwatakan seperti seorang samseng. Apabila dia yang merupakan anggota polis memeriksa beg remaja berkenaan, didapati terdapat begitu banyak barang kemas.

Remaja itu yang mengelak menjawab soalan yang diajukan, dibawa berjumpa dengan ibunya. Si ibu yang berang dengan perbuatan anak, mujurlah berjaya ditenangkan oleh pihak polis.

Jumpa barang kemas yang banyak dalam beg remaja tersebut.

Bawa pergi jumpa mak di tempat kerja.

Ditampar bertubi-tubi oleh ibunya.

Rupanya dah banyak rekod masuk dalam.

Sumber : Twitter

 

 

 

 

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.