Siakap Keli

Tengah Berusaha Nak Bergabung Dengan LGBT, Gerakan Songsang Ini Mahu Masyarakat Terima Pedofilia Sebagai Orientasi Seks Baru

Belum habis dengan masalah LGBT, terbaru gerakkan pengamal perilaku seks pelik dan kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak atau biasa di kenali sebagai pedofilia di Amerika Syarikat kini sedang giat menjalankan kempen untuk membolehkan pedofilia dianggap sebagai kemahuan seks baru (New Sexual Orientation) dengan bergabung dengan komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Ketika ini, gerakkan pedofilia tersebut sedang merancang untuk memberi jenama baru kepada tabiat pelik tersebut dengan mengubah istilah pedofilia kepada Minor Attracted Persons atau MAPs.

Menurut UrbanDictianary, terma MAPs merujuk kepada individu yang mempunyai nafsu seks terhadap infantophiles (bayi), pedophiles (kanak-kanak sebelum akil baligh), hebephiles ( kanak-kanak yang sudah akil baligh) dan ephebophiles (kanak-kanak sudah akil baligh yang menghampiri usia dewasa). Selain itu, ada juga individu-individu MAPs ini turut cuba memurnikan kecenderungan nafsu pelik itu dengan menambah perkataan ‘Tidak Ganas’ atau Non-Offending Minor Attracted Persons (NOMAPs).

Bagi membolehkan mereka diterima masuk dalam masyarakat, gerakkan MAPs ini seringkali terlibat di dalam perarakkan Gay yang dikenali sebagai Gay Pride Month serta bernaung dibawah bendera Pelangi atau ‘Pride Flag’. Malah mereka turut menghasilkan bendera MAPs sendiri yang seakan-akan bendera Pride.

Bendera MAPs

Melalui gerakkan ini, komuniti MAPs cuba meraih simpati orang ramai bahawa pedofilia adalah golongan terpinggir yang sering disalah erti oleh masyarakat, lebih-lebih lagi jika amalan seks mereka tersebut mendapatkan keizinan daripada kanak-kanak yang disetubuhi atau tiada paksaan yang berlaku, maka pedofilia tidak patut dipandang serong oleh masyarakat.

Selain tampil dalam perarakkan LGBT, gerakkan MAPs ini juga turut menggunakan platform media sosial antaranya Tumblr bagi meraih sokongan orang ramai di serata dunia dengan mendakwa amalan seks mereka tidak jauh berbeza dengan amalan seks yang diamalkan dalam komuniti LGBT.

Komuniti MAPs atau NOMAPs ini turut menghasilkan laman web yang berkongsi kisah-kisah mengenai dikriminasi yang dihadapi oleh golongan pedofilia sebagai usaha mewajarkan perbuatan mereka itu.

Ketika kita sedang diuji kanan dan kiri dengan usaha untuk membolehkan LGBT diterima dalam masyarakat, adakah anda bersedia untuk berhadapan dengan gerakkan pedofilia pula?

Sumber : Your News Wire

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.