Bukan namanya perkahwinan kalau tak diduga. Tipulah kalau setiap pasangan yang berkahwin tidak pernah dilanda ujian. Tapi sekiranya ujian itu dari sikap buruk pasangan yang tidak pernah berubah walaupun sudah lama berkahwin, hati siapa yang masih sabar?
Seperti luahan dari seorang isteri ini yang sudah makan hati dengan sikap si suami. Dia sanggup berhenti kerja demi anak-anak, tapi kesudahannya ini yang terjadi. Sudahlah susah memberikan nafkah, malah perangai suami yang suka berhutang memburukkan keadaan.
Wanita ini dulunya sentiasa berusaha menjadi isteri yang terbaik tapi kini hatinya sudah tawar. Apa yang tinggal hanyalah rasa ingin berpisah tapi masih keliru dengan keputusan yang bakal dibuat. Ikuti luahan sedih isteri yang terluka ini seperti di bawah.
“SAYA MENGEMIS BARU DAPAT”?
Post ini mungkin case yang lain sikit. Mungkin lah. Suka saya lihat, suami orang lain berlumba untuk kecilkan hutang dan tambah aset.
Bertentangan dengan suami saya, hobi dia kumpul hutang dan tak suka dengan aset. By the end of the day, sangat menyusahkan saya dan anak beranak.
Nak dijadikan cerita, dia seorang government servant yang selalu keluar ke laut dan saya seorang surirumah.
Cerita dia sekarang, personal loan dia dah sampai maximum, kad kredit tak berbayar, kereta berbulan bertunggak, makan minum memang dari awal kahwin bercatu.
Dia buat personal loan tanpa pengetahuan saya. Dan dia invest scam bitcoin yg akhirnya melebur 50k.
Sebagai seorang isteri, sebenarnya, ikut hati, saya nak je lempar surat cerai harini jugak. Dengan kelahiran anak ketiga, memang saya dah tawar hati, sebab fikir, dia akan berubah. Malangnya, hurm. Begitu lah.
Men are trash itu wujud. Dan salah satunya suami saya. Nak ditinggalkan, anak2 akan jadik mangsa.
Keluarga suami, memang tak tahu perangai satu satunya anak lelaki mereka yg sangat menyakitkan hati. Kalau dah namanya tunggal, sangat susah mereka nak terima realiti.
Walaupun awal kahwin, saya pernah mintak mertua tolong nasihat anak mereka. Tapi sampai ke sudah, mereka rasa, saya yang gagal kendalikan rumah tangga. Kemungkinan sebab saya beberapa tahun lebih tua dari suami.
Saya masih setia di sini, di sisi suami. Saya pernah bekerja. Dan macam biasa, typical lelaki melayu zaman sekarang, memang sangat malas uruskan rumah tangga dan buat-buat tak tahu.
Penat dan stress. Sekarang, saya decided untuk berhenti kerja and jaga anak-anak di rumah. Dengan KPI yg sentiasa menurun, dengan beban mental yang saya tanggung seorang, beban nak kendong anak2 lagi, saya rasa, elok saya berhenti daripada menyusahkan pihak syarikat yang tanggung pekerja yangg tenggelam timbul macam saya ni.
Duit gaji pun, hanya cover duit jaga budak, minyak pergi balik dan tol. Tak berbaloi. Sekarang, saya tengah tunggu habis pantang untuk start bisnes kecil-kecilan. Nak kerja bawah orang, dengan kehidupan sekarang, memang tak memungkinkan saya bekerja mcm tu.
Suami keluar berlayar untuk jangka masa yang panjang dan kerap dan kami bukan duduk di kuarters. Duduk di flat yang jiran pun takut nak tegur kami sekeluarga. Anak-anak kecil lagi. Nak keluar masuk, seram jugak dengan sekeliling. Nak sewa tempat yang elok sikit, yang murah ni pun, semput-semput nak bayar.
Setelah saya fikir-fikir, suami takde harta. Rumah sewa. Kereta tak berbayar. Hutang berlambak lambak. Harta peninggalan keluarga dia pun, adalah sebuah rumah pusaka yg adik beradik ayah dia sibuk berebut.
Nafkah untuk isteri dan anak-anak, saya mengemis dulu, baru dapat. Itu pun entah dia pinjam siapa pulak. Hibah tiada. Hiba sahaja ada.
Insurance moto sahaja yang hidup sekarang. Insurance untuk manusia memang tak ambik. Simpanan memang tiada.
Saya cuba menyimpan sikit-sikit. Dia gelakkan saya. Setakat sibuk nak simpan 200, tak payah lah, katanya. Alhamdulillah mak ayah saya sangat memahami dan selalu hulur duit sorok-sorok untuk beli susu anak-anak. Kalau suami tahu, memang dia lagi goyang kaki.
Soalan saya,
1) adakah patut saya tinggalkan dia atas dasar, dia tak mampu bagi kehidupan yg lebih baik? Dan saya terfikir untuk serahkan anak-anak dalam jagaan dia dan keluarga dia.
Sebab saya tahu, kalau dalam jagaan saya dan keluarga saya, dia langsung takkan bagi nafkah pada anak-anak. Memang sedih bila fikirkan jauh dari anak-anak.
Tapi untuk sementara sahaja. Saya terfikir untuk sambung belajar dan upgrade tangga gaji saya sebelum saya mampu untuk bagi ‘kehidupan’ pada anak-anak.
2) Apa akan jadi jika saya terus stay dalam perkahwinan ni?
3) Adakah beban hutang dia akan pindah kepada saya kalu saya masih isteri dia dan apa2 terjadi pada suami?
Dulu memang saya bertungkus lumus jadi yg terbaik untuk suami. Sekarang, saya memang letak suami dekat hujung hati saya.
Saya utamakan diri saya. Saya jadi selfish. Bila saya bukak mulut, memang ayat yang menyakitkan hati. Tapi entah lah. Sy pun tak tahu apa yang terbaik untuk masa sekarang.
Yang buntu.
Duduk di hujung katil sambil pandang anak3.
Sumber : Azizul Azli Ahmad