Siakap Keli

“Kawan Duduk Dia Terajang Kerusi, Kawan Jatuh Pakat Gelak” Bergurau Ada Had, Silap Gurau Boleh Hilang Ingatan

Setiap hari mesti ada gurau senda dimulakan dengan kawan-kawan sebagai bahan gelak ketawa untuk hiburkan hati.  Yelah kan, duduk di pejabat tengah stress tu, gurauan kawan sepejabat lah yang akan bantu naikkan mood bekerja.

Pun begitu, gurauan pun ada hadnya.  Salah bergurau takut ada hati yang terluka.  Tapi kalau hati yang terluka boleh minta maaf lagi, kalau cedera tubuh badan, nak minta maaf macam mana? Badan dah cedera, maaf pun dah tak guna.

Jadi dalam bergurau tu perlulah tahu batas-batasnya.  Bukan tak boleh bergurau tapi biarlah berpada-pada.  Contoh perkongsian daripada jururawat Bel Nawhen ini memang wajar dijadikan rujukan.  Pengalaman dijadikan bahan gurauan akhirnya menjadi kemalangan. Nak tahu kisah selanjutnya, mari baca perkongsian beliau.

via GIPHY

BERGURAU ADA HADNYA

Masa zaman sekolah menengah.  Saya pernah jatuh dari kerusi makmal kerana ditendang oleh rakan saya.  Kerusi tu lebih kurang 60cm.  Bayangkan macam mana keadaan jatuh masa tu.  Jatuh terduduk.  Sakitnya ya rabbi.

Kemudian accident masa umur 14 tahun.  Jatuh terduduk.  Tiada kepatahan dimana2.  Kesannya, kemudian saya rasa.

Pertama kali saya rasa derita sakit tu waktu umur 18 tahun. Mula-mula rasa sakit menyucuk dan rasa semut-semut kat kaki. Muntah-muntah.  Kena refer hospital. Jalani fisioterapi.

Anak2 masa kini saya rasa cukup gemar bergurau cara begini. Bukan masa kini sahaja, masa zaman saya pun begitu. Nak gurau. Tak boleh gurau duduk surau katanya

Masa kawan duduk, dia pi tarik kerusi. Kawan jatuh dia gelak.
Masa kawan dah duduk, dia terajang kerusi. Kawan jatuh dia pakat gelak.  Benda macam ni tidak boleh dibuat main.  Sebab apa?

Sebab ia boleh menyebabkan kecederaan hingga membawa kelumpuhan.  Ada orang, tidak akan merasakan kesakitan atau mendapat kesan daripadanya on the spot.  Kebanyakannya hanya dapat dirasai selepas beberapa tahun. Itupun setelah disk atau kawasan terlibat mula merasa sakit.

Kesan jatuh terduduk:
– Disk terkeluar dari kedudukan asal lalu menekan saraf berhampiran.
– Kehilangan sensasi di kaki jika kecederaan melibatkan saraf.
– Keretakan pada tulang pinggul.

Berikut merupakan pembagian tulang di vertebra ( tulang belakang) :

1. Area Leher : C1 – C7 = 7 tulang
2. Area Torasic : T1 – T12 = 12 tulang
3. Area Pinggang : L1 – L5 = 5 tulang
4. Area Pinggul : S1 – S5 = 5 tulang
5. Area Ekor : Co1-Co4 = 4 tulang

Tulang ni fungsi dia banyak.  Selain sebagai penstabil tubuh, ia juga bertindak untuk melindungi vital organ dari kecederaan luar.

Jadi, bila dia dah cedera. Potensi kecederaan pada vital organ juga boleh berlaku. Tekan saraf (nerve), lumpuh atau hilang sensasi di bahagian pinggang kebawah.

Tu jatuh terduduk, kalau jatuh kemudian terhantuk kepala?
Jadi ICB (Intra Cranial Bleed), tak pun concussion yang boleh sebabkan kecederaan pada sel-sel otak ataupun hilang ingatan.

Ha. Benda gurau jadi serius. Seram kan.

Kita pun sering dipesan, nak gurau kena pada-pada. Jangan happy sangat sebab bimbang dalam happy ada duka.

Tanggungjawab ibu bapa untuk ajar anak dari kecil lagi untuk elak bergurau begini. Tak anak orang jadi mangsa, anak kita yang derita.

Guru kat sekolah pun banyak lagi tanggungjawab selain nak perhati murid mereka satu persatu.

Pesan saya, jika anak mengadu sakit belakang kerana jatuh, bawa jumpa doktor untuk dapatkan nasihat. Nak berurut tu kena fikir keselamatan anak dan risiko tertentu. Saraf di tulang belakang bukan perkara boleh dibuat main.

Notakaki:
Jangan cakap, ‘relaxlah, budak-budak lagi’. Nanti pi jumpa doktor dan follow up bukan kamu, tapi ibu kepada anak yang menjadi mangsa.

#BelNawhen
#SayaJururawat

Sumber: Bel Nawhen

Nur Farra