Siakap Keli

Kerana ‘Jilatan’ Seekor Anjing, Lelaki Ini Kudung Kaki Dan Alami Kerosakkan Teruk Pada Tangan

Seorang lelaki berasal daripada Wisconsin tidak menyangkan akan kehilangan kedua-dua belah kaki dan tangannya hanya disebabkan oleh jilatan seekor anjing.

Greg Manteufel, 48, yang merupakan salah seorang anggota kelab permotoran terpaksa menerima hakikat untuk melupakan terus hobinya selepas selepas kehilangan anggota badan penting tersebut setelah doktor mendapati berlaku jangkitan kuman dalam darah dipercayai akibat air liur anjing yang bersentuhan dengan anggota badan yang dibuang itu.

”Selepas beberapa jam Greg menunjukkan simptom-simptom, badannya mula mengalami kejutan septic. Doktor yang merawat Greg berjaya mengenal pasti punca sebenar penyakitnya,” kata salah seorang rakan Greg.

Greg dipercayai dijangkiti kuman Capnocytophaga Canimorsus iaitu sejenis bakteria yang biasa ditemui pada anjing dan kucing yang sihat.

Bakteria yang ada pada air liur ini boleh berpindah melalui gigitan atau jilatan pada bahagian luka sekaligus boleh menyebabkan berlaku kejuatan septic yang boleh membunuh, meningitis, endocarditis, dan jangkitan pada mata selain sepsis (keracunan darah) yang teruk.

”Badan Greg mempunyai kesan calar-balar dan lebam yang banyak seolah-olah dia dipukul dengan kayu baseball,” kata Dawn, isteri kepada Greg yang menganggap bahawa seolah-olah bakteria itu menyerang suaminya seperti membalas dendam lama.

Selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital, doktor mengambil keputusan untuk membuang bahagian kaki bermula dari buku lali Greg selain bahagian semua jarinya turut menerima nasib yang sama. Manakala kecederaan hidung perlu menjalani rawatan yang ketat jika mahu dipulihkan semula.

Dawn sendiri tidak pasti anjing yang sebenar yang menyebabkan Greg menanggung penderitaan sedemikian rupa disebabakan Greg seorang pecinta haiwan dan mempunyai lapan ekor anjing ketika dia mula-mula menunjukkan tanda-tanda sakit.

”Dia amat suka kepada anjing, dia tidak kisah untuk menyentuh mana-mana anjing sekalipun,” kata Dawn lagi.

Sumber : TIME

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.