Siakap Keli

Membeli Pakaian Tiruan Adalah Menzalimi Tuan Asal, Sah Tak Jika Dipakai Ketika Solat?

Baru-baru ini kecoh lagi apabila seorang pengusaha selebriti terkenal mengeluarkan kenyataan isu telekung tiruan digunakan untuk solat.  Hal ini timbul apabila longgokan telekung tiruan dijual dan mengundang kekecewaan kepada usahawan wanita terbabit.

 

 

“Saya tak boleh terimalah macam mana orang beli telekung tiruan untuk solat.”

Kenyataan beliau telah mendapat kritikan hebat netizen, ada yang membantah habis-habisan dan ada juga yang menyokong.

 

Menerusi laman Instagaram miliknya, usahawan ini menegaskan kenyataan itu adalah ingin menunjukkan bahawa kegiatan membeli serta menjual barangan tiruan yang menggunakan jenamanya itu merupakan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

 

Beliau menambah, ia juga menyokong kilang tak berlesen yang mungkin menggunakan buruh kanak-kanak.

Susulan isu ini, Ustaz Datuk Dr Izhar Ariff pernah mengeluarkan kenyataan dalam salah satu laporan media bahawa solat individu yang membeli atau mengguna barang cetak rompak adalah SAH.

Pun begitu, perbuatan membeli dan memiliki barangan cetak rompak itu adalah berdosa kerana menzalimi pemilik asal jenama barang berkenaan.

Nur Farra