Siakap Keli

Padah Leka Bermain Telefon Bimbit, Lelaki Langgar Anaknya Sendiri Ketika Hantar Ke Sekolah

Polis Republik Indonesia (Polri) melalui pasukan polis trafiknya (Korlantas) mengingatkan pengguna jalan raya di negara itu mengenai bahaya menggunakan alat komunikasi terutamanya telefon bimbit ketika memandu.

Peringatan tersebut dikeluarkan sususlan satu kemalangan yang menyedihkan apabila seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang maut dilanggar ayahnya sendiri yang leka bermain telefon bimbit. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Sidoarjo, Jawa Timur 25 Julai yang lalu.

Menurut laporan akhbar portal berita tempatan, kejadian tersebut berlaku ketika si ayah menghantar anaknya ke sekolah. Apabila tiba di sekolah, ayahnya dikatakan tidak menyedari dan mempedulikan anaknya turun daripada kereta tersebut.

Gambar Hiasan

Kanak-kanak itu dikatakan berjalan di bahagian depan kereta miliknya ayahnya untuk menuju ke kelas. Si ayah yang leka dengan telefon bimbit sambil memandu tidak menyedari kedudukan anaknya di hadapan lalu melanggarnya.

Mangsa dilaporkan maut setelah digilis oleh kedua-dua belah roda kereta bahagian kanan kenderaan ayahnya sendiri. Kes tersebut pada mulanya tidak diketahui umum kerana tidak dilaporkan kepada polis. Namun pihak polis yang mengambil inisiatif sendiri menyiasat kematian kanak-kanak itu mendapat tahu punca sebenar apabila berkunjung ke sekolah tersebut.

Menurut laporan akhbar tempatan lagi, pihak polis mengesyaki bahawa si ayah tersebut menghidapi ketagihan melampau terhadap telefon bimbit sekali gus menjadi penyebab kepada kematian anaknya sendiri.

Pihak polis Indonesia yang kesal dengan kejadian tersebut mengingatkan orang ramai mengenai bahaya menggunakan gajet ketika memandu kerana boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Sumber : Okezone News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.