Siakap Keli

Tak Restu Kahwin, Keluarga Sendiri Culik Pasangan Muda Ini Dan Paksa Minum Air Kencing

Sepasang suami isteri di India terpaksa melalui detik hitam dalam kehidupan mereka apabila menjadi mangsa culik dan pukul oleh keluarga sendiri, dipercayai sebagai hukuman kerana berkahwin tanpa kebenaran keluarga.

Suami, 23, diikat pada tiang dan dipukul hingga lembik, manakala si isteri, 21, dibogel dan digunting rambutnya sehingga pendek, sebelum kedua-duanya dipaksa minum air kencing.

Menurut laporan media antarabangsa, kejadian tersebut berlaku di Alirajpur, wilayah Madhya Pradesh yang dirakam dan dimuat naik ke media sosial oleh salah seorang suspek.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu membesar di kampung yang sama dan telah berkahwin pada Mei lalu. Perkahwinan itu tidak mendapat restu daripada keluarga pengantin wanita itu mengikut laporan media.

Bagaimanpun pasangan pengatin itu sebelum ini telah berusaha untuk memudahkan urusan perkahwinan mereka di mana pengantin lelaki telah pun menyediakan hantaran dua ekor kambing dan wang tunai 70,000 Rupees (RM 4,163), namun jumlah tersebut masih tidak mencukupi.

Pasangan muda itu kemudian berpindah keluar daripada kampung tersebut untuk mencari pekerjaan, dan pulang ke kampung tersebut untuk melawat keluarga sebelum menjadi mangsa kekejaman keluarga sendiri.

”Keluarga wanita itu mendapat tahu kepulangan pasangan itu dan menculik mereka pada 25 Julai,” kata jurucakap polis tempatan, Vikas Kapis.

Ahli keluarga wanita itu telah menceroboh masuk rumah di mana pasangan itu bermalam ketika pulang ke kampung itu dan menculik kedua-duanya.

Kedua-duanya menjadi mangsa keganasan dan pelbagai serangan berbahaya lagi, dan dilaporkan ia sebagai balas dendam kerana mencemarkan maruah keluarga.

Pasangan suami isteri itu kemudian membuat laporan polis ke atas ayah si isteri, dua pak ciknya dan beberapa lagi saudara terdekat yang tidak dikenali. Sehingga kini, dua suspek telah pun berjaya ditahan polis.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.