Siakap Keli

Timur China Gunakan Dron Awasi Lalu Lintas Dan Kesalahan Pemandu

BEIJING- Kesalahan lalu lintas yang berlaku di bandaraya Jinan, ibu kota Wilayah Shandong  di timur China kini di awasi oleh pihak berkuasa menggunakan dron.

Menurut berita yang dipetik dari akhbar Beijing Youth Daily, empat dron telah memulakan pemantauan  pada Selasa lalu. Setiap dron dilengkapi dengan kamera berdefinisi tinggi yang mampu mengesan kesalahan lalu lintas dalam tempoh setengah jam selepas beroperasi.

Antara jenis kesalahan yang boleh dikesan menggunakan dron ialah penggunaan telefon bimbit dan peranti ketika memandu serta merakam visual video yang jelas.

Menurut penjelasan dari anggota polis trafik Jinan, Wei Jilian, dron ini telan diuji pada April dengan jumlah masa penerbangan selamat lebih 200 jam.

Bagaimanapun, perkhidmatan pemantauan penggunaan dron hanya digunakan di kawasan yang tidak boleh dicapai oleh monitor tetap selain keadaan cuaca yang tidak menentu juga boleh mempengaruhi dron terutamanya pada waktu hujan.

Sumber- ChinaDaily

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar