Siakap Keli

”Uncle, Aunty, Tahu Tak Yang Adik Pernah Kena Sawan 40 Kali Sehari” – Adik Eusuf

Apakah perasaan anda apabila mengetahui ada dalam kalangan ahli keluarga sendiri menderita penyakit berbahaya? Mungkin ibu bapa anda, mungkin adik beradik anda, mungkin anak anda seniri dan boleh jadi juga kerabat terdekat. Melihat mereka bertarung nyawa setiap hari dan menanggung sakit yang tidak dapat diluah, adalah satu ujian paling berat dalam hidup yang mungkin seseorang itu perlu terima.

Kisah penderitaan yang menimpa adik Eusuf Muhammad ini juga mungkin bisa membuatkan anda menitis air mata, melihatkan durinya masih kecil diuji sedemikian rupa. Adik Eusuf, seperti kisah yang dikongsikan oleh Akhtar Syamir diserang Enchepalitis ketika dia baru merasa kali pertama menyambut hari lahir pertamanya. Enchepalitis itu menyebabkan bahagian otak kiri depan rosak akibat jangkitan kuman yang menyerang tisu otaknya.

Malah, adik Eusuf juga dikatakan mengalami serangan sawan terlalu kerap, sehingga pernah diserang sebanyak 40 kali dalam satu hari selain tidak dapt bersosial seperti kanak-kanak lain. Menurut ibunya, adik Eusuf disahkan menghidapi Sindrom Lennox Gestaut (LGS). Setiap kali sawan menyerang, tubuh badan adik Eusuf akan menggelatar dan tidak boleh dikawal. Lebih parah, sawan itu menjadi lebih teruk sekiranya adik Eusuf mengalami selsema atau demam.

Kini, adik Eusuf memerlukan dana yang banyak bagi membolehkannya memberli sebuah alat yang dapat membantu mengatasi masalah sawan yang dialaminya.

Jom baca kisah adik Eusuf di bawah, anda juga boleh menyumbang dana kepada adik Eusuf melalui nombor akaun yang disediakan di bawah.

Assalamualaikum Uncle dan Aunty.

Boleh tak adik kenalkan diri? Nama adik, Eusuf Muhammad.

Alhamdulillah mama melahirkan adik dengan sempurna pada 24 April 2015 di Bandar Baru Bangi. Adik seronok sangat dilahirkan di dunia. Ada papa, ada mama dan adik beradik yang lain. Diorang semua sayang kat adik. Adik tak sabar nak membesar dan bermain. Nanti adik nak pergi sekolah jumpa kawan – kawan baru.

Tapi… Masa adik nak sambut hari lahir yang pertama, kepala adik rasa sakit sangat. Mama kata adik diserang Enchepalitis. Adik tak tau ape tu. Nak sebut pun adik tak pandai. Tapi mama kata ada jangkitan kuman kat tisu otak adik. Mama kata lagi, jangkitan tu dah rosakkan otak kiri depan adik. Adik takut sangat bila mama cakap macam tu.

Maafkan adik, mama. Adik tak dapat nak berseronok dan bermanja dengan mama macam dulu. Adik cuba untuk senyum, adik cuba untuk gelak tapi adik tak larat. Kepala adik sakit sangat. Adik tak dapat nak berjalan dengan stabil macam orang lain.

Adik kesian tengok mama dengan papa terpaksa tengok adik je sepanjang masa. Selalu adik tak sedar, tapi mama kata adik selalu diserang bermacam – macam jenis sawan. Sampaikan beberapa kali kepala adik benjol sebab adik tak boleh kawal otot adik sampai adik terjatuh. Adik jadi lembik. Mama kata adik kena Head Drop Seizure.

Kerap Diserang Sawan

Haritu Doktor bagitau mama, adik disahkan menghidapi Sindrom Lennox Gestaut (LGS). Mama kata sawan adik ade banyak jenis sampaikan satu hari boleh 40 kali adik kena sawan. Adik akan menggeletar satu badan tau. Adik cuba kawal diri tapi tak boleh. Bila adik demam ke selesema ke lagi banyak sawan tu datang. Kesian kat adik kan? Kalau Aunty dengan Uncle nampak adik macam tu, jangan salah faham tau. Kesian kat mama dengan papa. Bukan adik sengaja.

Tapi mama dengan papa ade bagi adik topi. Cantik sangat, adik suka. Macam pemain ragbi. Pernah sekali tu adik jatuh, nasib baik adik pakai topi. Tak sakit sangat. Terima kasih mama dan papa.

Setiap bulan adik kena jumpa pakar Neuro kat PPUM. 2 tahun dah mama dengan papa bawa jumpa Doktor. Sekarang adik dah 3 tahun. Macam – macam ubat adik makan untuk kawal sawan adik.

Doktor Pakar ada nasihatkan mama dengan papa pasang satu alat kat kepala adik. Doktor kata ini untuk masa depan adik. Mudah sikit mama dengan papa jaga adik. Doktor cakap lagi, alat ni dapat bantu adik walaupun bila mama dengan papa takde nanti.

Mama cakap, Doktor cadangkan adik pakai alat penstabilan gelombang otak iaitu Vagal Nerve Stimulator (VNS).

Perlu Dana

Tapi, alat ni mahal sangat. Harga dia RM100,000. Nak implan kat kepala adik pun kos dia RM30,000. Semua sekali kos dia RM130,000 tau. Adik kecik lagi. Adik tak mampu nak tolong mama dengan papa. Kesian kat mama dengan papa setiap hari berusaha untuk cukupkan duit. Papa ada jual t- shirt untuk bantu adik. Kalau Aunty dengan Uncle nak beli t-shirt, boleh pm papa ye. Nak tengok pun boleh kat wall papa.

Doktor Pakar dah tetapkan 20 September 2018 ni untuk pembedahan implan alat tu.

Adik mintak tolong sangat Aunty dengan Uncle yang baca kisah adik ni tolong mama dengan papa. Adik nak jadi macam kawan – kawan adik yang lain. Adik nak happy, nak senyum untuk mama dengan papa. Adik tak nak susahkan mereka lagi. Tolong adik ye. Adik hargai semua bantuan Aunty dan Uncle.

Ni nombor akaun mama dengan adik. Boleh pm mama atau email papa di [email protected] kalau nak tanya apa – apa.

Maybank : 5123 5205 4134
Djasriza Binti Jasin

Bank Muamalat : 1601 0009 3777 28
Eusuf Muhammad Bin Idzfan

Terima kasih Aunty dan Uncle. Adik sayang semua yang sudi bantu dan kongsi post adik ni.

Eusuf Muhammad Bin Idzfan

——————————

Penulisan ini adalah olahan saya sendiri. Saya terpanggil untuk membantu adik Eusuf. Marilah sama – sama kita bantu adik Eusuf, Puan Djasriza Jasin dan Tuan Idzfan Idris. Mereka berhak menjalani kehidupan bahagia seperti kita.

Bantulah dan kongsilah post ini.

Terima kasih
Akhtar Syamir a.k.a BroOhsem

Sumber : Akhtar Syamir

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.