Haiiiiaia
Siakap Keli

(Video) Tidak Mahu Kerajaan Kaut Keuntungan Dari Hasil Jenayah, Presiden Filipina Arah Musnahkan Kereta Mewah Seledup

Pemusnahan kereta mewah seludup oleh pihak kastam membuatkan presiden Filipina, Rodrigo Duterte, teruja melihatnya.

Nilai kenderaan yang dimusnahkan pada Isnin dianggarkan bernilai RM22.5 juta dengan sebanyak 68 buah kereta mewah pelbagai jenama seperti Lamborghini, Mustang, Porsche dan lapan motosikal.

Menurut laporan tempatan, Duterte yang memakai topi putih dilihat bersorak sewaktu jengkaut memusnahkan kenderaan-kenderaan itu di Sta Ana, Cagatan, utara Filipina.

Sebelum sesi pemusnahan kereta seludup itu berlangsung, Duterte mengakui dalam ucapannya bahawa beliau tidak mampu untuk membanteras sepenuhnya rasuah dan penyeludupan semasa pemerintahannya.

Namun, usaha memusnahkan kenderaan seludup pada hari itu merupakan salah satu aspek penting dalam usahanya memerangi gejala itu.

Sebelumnya, presiden yang membantah sekeras-kerasnya kegiatan rasuah ini seringkali melakukan pendekatan sebegini dimana beliau turut mengarahkan puluhan kereta mewah termasuk jenama Jaguars dan BMW dimusnahkan di Manila pada Februari lalu.

Semasa era pemerintahan yang lalu, kenderaan seludup yang dirampas akan dilelong oleh kerajaan.

Bagaimanapun, Duterte beranggapan lebih baik untuk memusnahkan kenderaan itu dan tidak mahu kerajaan mengambil keuntungan dari hasil jenayah.

Sumber-Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di