Siakap Keli

Bersih Najis Kucing Guna Sarung Tangan Kalau Taknak Hilang Nyawa – Kajian

Ramai rakyat Malaysia merupakan pecinta kucing.  Kucing adalah antara haiwan comel yang sentiasa dipilih sebagai haiwan peliharaan. Namun, tahukah korang terdapat penyakit yang dibawa oleh kucing sehingga boleh menyebabkan kematian?

Parasit atau jangkitan ini boleh tersebar melalui cakaran, gigitan mahupun najis mereka.  Mungkin kucing peliharaan anda nampak sihat pada luarannya, namun belum tentu dalamannya sama.

via GIPHY

Sering kita dengar bela kucing boleh menyebabkan keguguran ibu hamil.  Ya benar, tapi ianya akan berlaku jika kucing anda dijangkiti parasit tersebut.  Bagaimana caranya untuk mengelakkan parasit ini? Apakah cara terbaik penjagaan kucing agar mereka kekal sihat?

Perkongsian daripada Dr. Suriyakhatun ini khas buat pecinta kucing supaya lebih prihatin akan penjagaan kesihatan kucing anda sebelum mereka dijangkiti sebarang parasit merbahaya.  Mari kita baca perkongsian dibawah.

Hati-hati ya jika membela kucing. Ada sejenis parasit, Toxoplasma gondi, yang boleh tersebar ke manusia melalui najis kucing. Bukan toxoplasmosis sahaja sebenarnya yang boleh dibawa kucing ada parasit lain lagi yang boleh tersebar.

Jika kucing berak dalam rumah, semasa bersihkan guna sarung tangan dan basuh tempat berkenaan dengan antiseptic seperti Chlorox untuk matikan parasit.

Jika berjalan diluar rumah hati-hati dengan tempat yang banyak najis kucing.

Toxoplasmosis boleh menyebabkan demam bengkak kelenjar dan jika sistem imun lemah boleh jangkiti otak.
Ia boleh jangkiti bayi dalam kandungan dan menyebabkan microcephaly serta terencat otak bayi.

Ini bukan bererti tidak boleh bela kucing tetapi kebersihan perlu di jaga dengan rapi dan kucing perlu di periksa dan dirawat serta di beri makan yang sewajarnya supaya tidak di jangkiti parasit.

 

Sumber: Dr. Suriyakhatun

Nur Farra