Siakap Keli

Dilarang Dari Berjumpa Dengan Kekasih, Pengasuh Rendam Anak Majikan Dalam Tong Air

Berikutan rasa sakit hati kerana dihalang dari berjumpa dengan kekasih hatinya, seorang pengasuh sanggup pembunuh anak majikannya yang berusia tiga tahun.

Menurut sumber, sebelum kejadian berlaku, pengasuh yang dikenali sebagai SN, 29, cuba menenangkan kanak-kanak itu, namun dia enggan berhenti menangis,

“RA disuruh diam tapi tak mahu, kemudian dipukul, masih menangis, lalu dicelupkan dalam tong yang dipenuhi air,” ujar Ketua Polis Serang, Indra Gunawan, Rabu,yang di petik dari laporan Liputan6.

RA, 3, merupakan anak perempuan kepada majikan yang dikenali sebagai Roj dan Sut yang menetap di Desa Nambo, Serang, Indonesia.

“Ketika dia dipukul, budak itu masih hidup. RA memasukkannya ke dalam tong dengan posisi kepala di bawah,” jelas Indra.

Selepas menenggelamkan kanak-kanak itu, SN kemudiannya menutup tong tersebut sebelum mengambil wang Rp100,000 milik majikannya dan terus keluar menuju ke tengah sawah yang terletak tidak jauh dari rumah majikannya.

Bagaimanapun, jiran di kediaman sekitar situ sempat melihat SN kira-kira pukul 10 pagi.

Ibu bapa mangsa pulang ke rumah sekitar pukul 6 petang sebelum mendapati anak mereka berada di dalam tong air dan pengasuhnya tidak berada di rumah.

Laporan polis dibuat dan kurang dari 24 jam, polis berjaya menangkap pengasuh terbabit pada awal pagi Rabu sekitar pukul 1 pagi.

Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada dagu, kepala, tangan dan kaki kanak-kanak tersebut.

Pengasuh yang baru bekerja sebulan itu mengaku menyesal kepada majikannya dan bertindak demikian kerana dilarang bertemu kekasihnya.

“Jadi, suspek sakit hati dan melepaskan kemarahannya kepada anak majikan,” kata Indra.

Jika disabit bersalah dia berdepan hukuman mati.

Sumber- Liputan6

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar