Siakap Keli

Elak Anak Tersedak Susu, Ini Panduan Untuk Ibu Bapa Dan Penjaga

Kes kematian melibatkan bayi tersedak susu bukanlah suatu isu yang baru lagi di negara ini. Boleh dikatakan setiap tahun pasti ada berita mengenai bayi maut akibat tersedak susu di rumah atau di pusat jagaan.

Tersedak susu berlaku apabila susu termasuk ke dalam saluran pernafasan dan seterusnya ke dalam paru-paru menyebabkan masalah pernafasan dan juga boleh menyebabkan bayi berhenti nafas.

Kecuaian yang dilakukan ibu bapa atau penjaga di pusat jagaan membuat bayi tersiksa dan tidak dapat meneruskan hidup.

Kes tersedak susu ini sememangnya harus dipandang serius oleh semua pihak dan berusaha untuk membanterasnya.

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi artikel yang ditulis oleh Dr Ezairy M.Sallih tentang panduan yang boleh diikuti bagi mengelakkan anak tersedak susu.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Hari ini kita bersedih sebab ramai anak-anak syurga dijemput Ilahi. Ia bukanlah sesuatu yang disengajakan. Bukan juga kecuaian sesetengah pihak. Mungkin sudah takdir dan yang pasti adalah ujian hebat dari Yang Maha Esa.

Sebagai panduan untuk anda semua, ibu bapa, mari kita hayati perkongsian ini. Moga lebih ramai mendapat manfaatnya.

Tip bagi mengelak tersedak susu :

  • Jangan beri susu ketika bayi kita sedang menangis dan meronta-ronta, sebaliknya tunggu bayi tenang dan diam.

Cuba bertenang. Tenangkan kondisi bayi anda. Tarik nafas untuk dapatkan ketenangan. Apabila keadaan anak terkawal, baru beri susu kepadanya. Jangan kelam kabut.

  • Pastikan bayi disusukan dengan kepalanya sedikit tinggi dan elakkan menyusu secara bayi berbaring terlentang.

Ini penting bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku. Nampak mudah, tetapi ramai pengasuh dan ibu bapa sering mengabaikan perkara ini.

  • Jika bayi menyusu botol, pastikan saiz puting yang digunakan adalah sesuai.

Saiz puting yang terlalu besar contohnya boleh menyebabkan lebihan susu keluar daripada puting. Saiz yang tidak sesuai dengan usia anak juga boleh menyebabkan bayi mudah tersedak.

  • Jangan biarkan bayi menyusu sendirian jika menggunakan botol.

Bayi sedang menyusu yang ditinggalkan tanpa pengawasan ibu bapa dan penjaga adalah amat berbahaya. Risiko untuk tersedak adalah tinggi.

  • Jika menyusu badan, pastikan ibu tidak tertidur dan membiarkan puting di dalam mulut bayi.

Ya, ibu-ibu adalah insan yang paling letih ketika di rumah. Dengan mengemas, menyapu, memasak, hatta bab-bab urus anak dan suami pun banyak si isteri yang buat. Walaubagaimanapun, perkara ini perlu juga diberi perhatian supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

  • Jika bayi sering tersedak susu, bawalah berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Bawalah segera ke doktor sekiranya anak anda ada tanda-tanda tersedak susu dan masalah ini kerap sangat berulang di rumah. Ada beberapa keadaan yang menyebabkan masalah ini berlaku.

Apa langkah yang perlu dilakukan jika bayi tersedak?

  •  Letakkan anak meniarap pada lengan dengan tangan memberi sokongan kepada kepala bayi.
  • Kepala anak diletakkan ke bawah daripada badan.
  • Berikan lima tepukan kuat pada bayi di antara tulang belikat.
  • Jikalau bayi masih mempunyai tanda tanda tesedak tetapi masih lagi sedar teruskan dengan “5 chest thrust”.
  • Pusingkan bayi menelentang dan dengan menggunakan dua jari, tekan dada bayi sebanyak lima kali di antara puting bayi.
  •  Ulangi sehingga objek/susu keluar.
  •  Jika masih tidak bermaya dan tidak bernafas, telefon untuk bantuan dan berikan juga bantuan CPR.

Sumber- Dr Ezairy M.Sallih

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar