Siakap Keli

Mi Rojak ‘Kurang Bersih’ Dipercayai Jadi Punca Pelajar MRSM Taiping Keracunan Makanan

Taiping: Mi rojak tercemar yang dihidangkan sebagai makan tengah malam dipercayai menjadi punca 103 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping keracunan makanan.

Menurut A Sivanesan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, semua pelajar yang terkena keracunan makanan menikmati hidangan yang disajikan di dewan makan asrama tersebut.

“Pelajar yang terbabit dengan keracunan adalah seramai 103 daripada 593 pelajar sekolah terbabit iaitu kira-kira 17.73 peratus daripada keseluruhan pelajar.

“Setakat ini sampel makanan yang diambil dari dewan makan berkenaan masih belum dianalisa dan siasatan mendapati mi yang digunakan untuk penyajian makanan berkenaan sudah disimpan dalam tempoh 24 jam sebelum dimasak.

Selain mi yang digunakan telah disimpan selama 24 jam sebelum dihidangkan, siasatan awal juga mendapati proses penyediaan makanan tersebut juga tidak bersih dimana timun yang tidak dibuang kulit serta persektaran tempat memasak yang kotor.

“Siasatan juga mendapati timun yang digunakan untuk penyajian sajian berkenaan tidak dibuang kulit manakala suhu peti sejuk penyimpanan pula adalah tinggi iaitu sekitar 15 darjah manakala lantai pusat penyediaan dan longkang didapati tidak dibersih dan diselenggara dengan baik,” ujarnya.

Tambah Sivanesan lagi, dewan makan tersebut telah disita oleh Jabatan Kesihatan Perak selama 14 hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan dan sebanyak 33 sampel mkanan telah diambil bagi tujuan analisis.

Insiden keracunan makanan ini adalah kali kedua berlaku dalam tempoh tiga minggu ni berikutan kejadian pertama telah berlaku 12 julai lalu yang melibatkan seramai 31 pelajar.

Sivanesan menjelaskan, pemeriksaan mengejut di semua sekolah dan institusi pendidikan di negeri ini  juga akan dilakukan dengan kerap lagi bagi memastikan tahap kebersihan penyediaan makanan sentiasa menjadi keutamaan.

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar