Siakap Keli

PDRM Dedah Taktik Terkini Penjenayah Bungkus Semula Dadah Dalam 30 Jenama Minuman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini telah mendedahkan senarai 30 jenama produk minuman ringan, teh dan kopi pracampuran dalam pasaran tempatan yang telah dipeket semula dan dicampur dengan dadah oleh sendiket pengedaran dadah, menurut laporan sebuah portal berita tempatan berbahasa Inggeris.

PDRM percaya taktik terkini yang digunakan oleh kumpulan penjenayah tersebut adalah bertujuan untuk mengaburi mata pihak berkuasa selain untuk meningkat jualan dengan menyasarkan kumpulan baru penggemar kepada minuman-minuman jenama tersebut.

Lapor portal berita itu lagi, pendedahan tersebut dibuat oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh yang berkata produk-produk yang dicampur semula dengan dadah ini menjadi pilihan golongan muda untuk berhibur terutamanya di kelab-kelab malam.

Katanya lagi, pihak polis akan berusaha habis-habisan untuk memerangi rantaian pengedaran dadah ini walaupun sindiket tersebut sering mengubah modus operandi mereka. Justeru katanya, PDRM mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai berhubung pengedaran-pengedaran dadah yang menggunakan jenama-jenama tersebut.

Manakala sebuah portal berbahasa Melayu pula melaporkan PDRM ketika ini akan duduk berbincang dengan syarikat-syarikat pemilik asal jenama tersebut termasuk kaedah pembungkusan mereka yang boleh ditambahbaik kerana dikhuatiri taktik yang digunakan oleh sindiket dadah ini boleh mencemarkan imej pemililk jenama-jenama itu.

Senarai 30 jenama minuman yang dipercayai dibungkus semula dengan dadah :

1. Detox Hi – Fibre Mango

2. Mango

3. Premium Tongkat Ali Coffee V3 Cool

4. Paket Minuman yang mempunyai logo Menara Eiffel

5. Paket Minuman yang mempunyai logo Hello Kitty

6. Paket hijau/kuning yang mempunyai perkataan Hicomi

7. My Cafe

8. Ribena Blackcurrant Fruit Juice

9. Ice Lemon Tea

10. Long Jing Green Tea

11. Long Jing Green Tea

12. Fruit Powder Drinks

13. Premium Quality Vitamin C – Lamborghini

14. V-Cool

15. Cadbury Hot Chocolate

16. Apache Ice Cool

17. Lime Juice

18. Magic Chew Mango

19. Ejuss Ginseng

20. Evo_X

21. Essenso / Milo/ Coffee

22. Utix

23. Greeen White Coffee

24. Coffee Mix

25. Boh Ice Tea

26. Green Apple Powder

27. Ice Blended Milkshake

28. Paket yang mempunyai logo pepatung atau kuda

29. Incomix Lemon Tea

30. Barly Fruit Flavoured Powder

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.