Siakap Keli

(Video) Hanya Beberapa Saat, Bezakan Hidup Dan Mati Buat Ayah Dan Anak Ini

Seorang lelaki dengan anaknya di China nyaris menjadi mangsa kemalangan dahsyat apabila sebuah eskalator yang digunakan mereka di dalam sebuah raya runtuh sebaik sahaja mereka melangkah ke atas lantai bahagian atas.

Sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku, petugas keselamatan segera mematikan eskalator tersebut yang runtuh dipercayai akibat kegagalan fungsi.

Ketika itu, pasangan ayah dan anak itu baru sahaja melangkah keluar daripada eskalator tersebut, hanya dalam tempoh beberapa saat sahaja melangkah ke atas lantai dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 malam, Sabtu lepas.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh Kamera Pengawasan Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam pusat membeli belah tersebut. Kedua-dua ayah dan anaknya kemudian dilihat bergegas menjauhkan diri daripada eskalator tersebut bagi menyelamatkan diri masing-masing.

Syarikat yang diberi tanggungjawab untuk menyelenggara kemudahan eskalator mengeluarkan kenyataan bahawanya syarikat tersebut sedang memeriksa tahap keselamatan kesemua eskalator yang dipasang di pasar raya tersebut.

Kejadian tersebut berlaku dipercayai berpunca daripada satu kunci terjatuh dan menyebabkan trek panduan eskalator tersekat, sekaligus  berlaku gangguan pada bahagian getah pemutar. Hasilnya, beberapa lantai pemijak eskalator tersebut mula tercabut dan boleh membahayakan nyawa pengguna.

Di China,kemalangan membabitkan penggunaan eskalator bukan perkara luar biasa, malah beberapa hari yang lalu turut tular kejadian tangan kanak-kanak yang tersangkut pada bahagian tepi eskalator sekaligus mencetuskan kebimbangan pengguna mengenai tahap keselamatan kemudahan tersebut.

Pada tahun 2015, nyawa seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan setelah ibunya sempat menolaknya ke tempat lebih selamat selepas menyedari eskalator yang digunakan mereka runtuh secara tiba-tiba, bagaimanapun ia meragut nyawa ibu tersebut.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=M6Bd3CjfxMA]

 

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.