Siakap Keli

(Video) Pelancong Biadap, Tampar Muka Pegawai Imigresen Di Bali

Sorang wanita berasal daripada United Kingdom bertindak di luar batas apabila menampar seorang pegawai imigresen yang ditugaskan untuk memeriksa dokumen perjalanannya, dalam insiden yang berlaku di Indonesia.

Auj-e Taqaddas, 42, yang berdarah Pakistan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali ditahan setelah pihak berkuasa mendapati visanya telah tamat dan tinggal di Indonesia melebihi tempoh masa yang dibenarkan. Ketika kejadian, wanita tersebut dilaporkan sedang bergegas untuk mengambil penerbangan menuju ke Singapura.

Pihak berkuasa yang memeriksa dokumen perjalannya mendapati visanya berakhir pada 18 Februari lalu, dan dia telah tinggal di Indonesia secara tidak sah selama 160 hari dan diarahkan membayar denda sekitar RM 100 sehari, menjadikan jumlah denda mencecah RM 16,000.

Mendengar jumlah denda tersebut, wanita itu yang berang mula bertindak meninggikan suara dan menghemburkan perkataan kasar kepada pegawai imigresen yang bertugas ketika itu.

Wanita itu kemudian bertindak mahu merampas dokumen perjalanan tersebut daripada pegawai imigresen itu namun dihalang, ketika itulah wanita tersebut bertindak kasar apabila mengangkat tangan dan menampar muka pegawai imigresen berkenaan.

”Wanita itu menampar salah seorang pegawai kami, seseorang yang sangat dihormati. Dia menyerang secara fizikal pegawai imigresen, dan bermakna wanita ini telah menyerang wakil negara kami. Jadi, kami melaporkan tindakannya kepada polis,” kata Ketua Pegawai Imigresen lapangan terbang tersebut, Rai Aris Amran.

Taqaddas dikatakan berang kerana tindakan pegawai imigresen itu menahannya telah menyebabkan dirinya terlepas penerbangan Jetstar Airlines selepas dibawa ke sel tahanan di lapangan terbang tersebut. Pihak imigresen juga memberitahu, selain perlu menunggu untuk menyelesaikan pembayaran denda, Taqaddas juga perlu menyelesaikan kes serangan terhadap pegawai imigresen tersebut dengan pihak berkuasa.

”Berdasarkan pemeriksaan kami, wanita ini tiba di Indonesia pada 19 Januari, ini bermakna dia telah pun tinggal secara haram lebih daripada 60 hari di negara ini. 

”Dia berpura-pura tidak tahu bahawa dia telah tinggal melebihi masa, padahal semua pelancong sedia maklum mengenai tempoh yang dibenarkan untuk mereka tinggal di sesuatu negara,” kata Aris lagi.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=llsmDQlDb0c]

 

Sumber : news.com.au

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.