Siakap Keli
Sumber foto: Yonhapnews
Sumber foto: Yonhapnews

Wanita Maut Akibat Tertidur Dalam Keranda Untuk Ritual Halau Bala

GUMI: Seorang wanita warga Korea Selatan ditemui mati selepas dipercayai tertidur dalam keranda dalam satu ritual keagamaan yang dikatakan untuk menjauhkan bala dan musibah, pada Jumaat.

Menurut polis, wanita yang berusia 47 tahun itu berada di dalam keranda bermula pukul 8 malam Khamis dimana acara keagamaan tersebut di adakan di rumah seorang kenalannya yang terletak di tenggara bandar Gumi.

Mngasa dikatakan keluar dari keranda tersebut dua jam kemudian tetapi disuruh oleh rakan dan peserta acara tersebut untuk berada lebih lama di dalam keranda itu.

Bagaimanapun, pada pagi jumaat, dua peserta yang terlibat membuka keranda kira-kira pukul 6.30 pagi dan mendapati rakan mereka itu sudah tidak bernyawa.

Mangsa mungkin tertidur di dalam keranda tersebut sebelum maut berikutan tidak terdapat sebarang kesan untuk cuba keluar dari situ, memetik laporan dari Yonhap News.

Bedah siasat akan dijalankan pada Sabtu bagi mengenalpasti punca kematian wanita tersebut selain siasatan lanjut bagi mengetahui kemungkinan mangsa maut akibat kepanasan kerana keadaan di dalam keranda yang kedap udara.

Dua kenalan mangsa yang terlibat dalam upacara itu turut akan diteliti pihak polis bagi mengenal pasti kecuaian yang dilakukan mereka hingga menyebabkan kematian.

Sumber- YonhapNews

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar