Siakap Keli

(Video) ”Mereka Serbu Rumah Macam Aku Jual Dadah”- Gadis Serik Jadi Mangsa Produk Timbang Kilo

Produk timbang kilo bukan lagi isu baru yang diperkatakan. Tetapi masih ramai yang menggunakannya dengan alasan berkesan untuk mendapatkan kulit yang cantik. Kalau boleh putih seawal tiga hari, secara terang-terangan produk tersebut berbahaya kerana mempunyai campuran bahan kimia yang tinggi.

Terbaru, seorang gadis menjadi mangsa produk kecantikan terkenal yang mengandungi racun. Bukan sahaja pengguna setia, malah dia juga merupakan salah seorang penjual produk tersebut kerana diyakini selamat. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mendapat laporan telah menyerbu dan merampas semua barangan jualannya.

Kasihan dengan nasib gadis ini, tetapi nasi sudah menjadi bubur. Jadikan pengajaran kepada peniaga dan pengguna lain agar berhenti menjual dan menggunakannya supaya kes seperti ini tidak berulang. Ikuti perkongsian gadis ini seperti di bawah.

Bagi menjawab segala pm2 korang tentang Y***O SKINCARE, baca ni sampai habis. Aku memang dah stop jual y***o since bulan 4 lagi and aku sendiri dah stop pakai y***o.

Cerita ni bermula dari sini, pada 5/4/2018 tu adalah sorang cust aku ni nak datang self pickup y***o trial set hydra 2 set kat rumah. Deal punya deal sampailah dia kat rumah aku dalam pukul 12 lebih macam tu.

Okayy settle explain cara pakai and dia pun dah bayar apa semua tu. Otw cust aku tu jalan nak masuk kereta tetiba datang lah 3-4 biji kereta masuk lorong rumah aku. Guess what??? Benda first aku nampak kaki polis turun dari kereta! Dalam hati tertanya-tanya “aku ada buat salah apa???”

Then turun pulak geng pegawai farmasi dari ipoh siap tunjuk kad and bagitahu yang diorang cari NAIZATUL SYIFAA atas sebab “MENJUAL PRODUK YANG MENGANDUNGI BAHAN BERACUN”.

Lepas dah mengaku yang aku lah Naizatul Syifaa terus diorang masuk geledah rumah. Customer aku yang datang pickup tadi pun terpinga-pinga and y***o kat tangan dia pun kena rampas. Kesian weyhh.

 

Tapi lagi kesian kat aku semua stok jualan aku kena rampas takde satu pun tinggal and paling sedih phone aku pun kena rampas sama. Memang rosak emosi aku time tu tak hirau apa, dari diaorg masuk rumah sampai keluar rumah air mata mengalir tak berhenti.

Salah aku macam aku jual dadah! Aku ada tanya jugak diorang kalau bahaya macam mana boleh lepas kat kastam?

Jawapan diorang : Y***O SELUDUP MASUK MALAYSIA.

Otak aku jammed tak boleh nak fikir selain nangis sedu sedan. Bayangkan lah aku hilang modal beribu, database cust, iphone 7+. Hilang sekelip mata mcm mimpi. Dah lah aku baru je nak rasa senang sikit lepas berhenti kerja, lagi sedihhhh.

Sejak dari haritu aku terus diamkan diri kat Fb ni. Semangat aku mati. Semua pm yang nak order y***o aku tak layan, aku tak boleh nak hadap jadi stress. Aku ignore semua yang berkaitan y***o.

And start daripada haritu jugak aku terus stop y***o, yelahhh dah takde satu pun tinggal nak tepek apoo lagi. Mula-mula kulit muka aku ok je takde masalah tapi dalam masa sebulan macam tuu terus kulit aku naik bintik merah yang gatal melampau sampai rasa nak menggaru.

Gambar : Google

Lepas dari tu start lah perjalanan aku mencari skincare, hari-hari duk search produk tu produk ni tapiiiiii bukan produk kilo hokeyyy, aku dah tobat nasuha daripada krim siang krim malam pe semua aku follow group “sembang produk drugstore.” Banyak gila review produk dalam tu. Kalau jenis yg tak kuat iman kau senang sangkut dengan setiap review produk diorang.

Tapi disebabkan duit macam ada takde so aku pun nak try jelah cleanser safi yang gamat & habatussauda tu and alhamdulillah serasi dengan aku sampai sekarang. Rasa bersyukur gilaaaa and paling best cleanser tu baru berapa hengget jeee tak sampai sepuluh hengget, yang tube besar haritu aku beli RM9.50 je kat Greenmart.

Ohh ya lupa nak cerita, korang nak tahu sebab apa rumah aku kena serbu????

Ada orang report kat KKM. Aku sendiri tak tahu apa niat and tujuan orang yang report tuuu. Tapi apa-apa pun aku nak berterima kasih sangat kat dia sebab dia buat aku tersedar dari terus-terus taksub dengan y***o.

Bagi yang pernah jadi cust y***o aku dulu-dulu, ifa minta maaf sebab buat korang terjebak sama, kalau dari dulu lagi aku tahu yang y***o ni seludup aku sendiri tak pakai.

Sumber : Naizatul Syifaa

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.