Siakap Keli

‘Berlakon Sedih Raih Simpati’, Tergamak Kau Scammer, Rumah Anak Yatim Pun Nak Ditipu

Saban hari, ada saja kes penipuan yang dilaporkan media. Penjenayah menggunakan taktik licik bagi mengaburi mata mangsa terutamanya dalam urusan transaksi wang.

Terbaru, Rumah Kasih Nurul Hasanah yang merupakan sebuah rumah kebajikan anak yatim turut menjadi mangsa. Nampaknya scammer ini menggunakan taktik halus dengan meraih simpati supaya mangsa merasa kasihan dengannya.

Mujurlah pihak penerima telah membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati tiada sebarang kemasukan wang sebanyak RM2000 seperti yang tertera pada resit transaksi.

TOLONG BERHATI-HATI SEMUA !!

Sedikit perkongsian kejadian berlaku malam tadi, tujuan kami kongsikan semoga ada kebaikan, supaya orang tak tertipu, semalam hampir kami ditipu oleh scammer ! konon nya beliau wakil dari syarikat GM Aircond dan Wiring di kelantan, tersalah bagi sumbangan.

Nak bagi 1k sahaja, termasuk 2k. Lepas tu minta kami pulang kan balik 1k segera malam yang tu juga, mujur Allah selamatkan kami dari tertipu..

Diminta oleh majikan untuk gantikan semula jumlah wang yang tersalah masuk ke dalam akaun.

Beri alasan disebabkan transfer melebihi jumlah sebenar, baki di dalam akaun syarikat tidak cukup bagi membayar kepada pembekal.

Kalau wang tak dipulangkan, terpaksa jual rantai dan telefon bimbit.

Bos desak untuk minta wang semula.

Terus raih simpati.

Bagi alasan berkorban untuk semua pihak.

Pihak penerima juga tidak dapat memindahkan wang yang kononnya tersalah masuk kerana baki di dalam akaun tidak mencukupi.

Terdesak jika tidak dapat pulangkan seribu, RM350 pun sudah mencukupi.

Pihak penerima telah mengambil tindakan melaporkan kepada pihak polis agar lebih ramai mangsa yang tidak menjadi mangsa. Berhati-hatilah semua, kerana bermacam cara digunakan oleh penipu bagi mengaburi mata mangsa.

Sumber : Rumah Kasih Nurul Hasanah

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.