Siakap Keli

“Saya Tak Sangka Kena Bawa Anak Cabut Gigi Seawal Ini”, Bayi Berusia 12 Hari Lahir Dengan Gigi Sebatang

Seorang bayi perempuan yang lahir dengan sebatang gigi berkunjung ke klinik gigi dan doktor terpaksa mencabut giginya meskipun kebiasaan bayi akan mula tumbuh gigi pada usia enam bulan.

Bayi yang baru berusia 12 hari itu menjadi pesakit termuda yang mengunjungi klinik gigi Seven Trees itu.

 

Menurut ibunya, Jasmin, dia tidak pernah menyangka akan membawa anaknya, Isla-Rose berjumpa dengan doktor gigi seawal ini namun gigi anaknya itu terpaksa dicabut berikutan strukturnya yang goyah.

“Giginya itu perlu dicabut kerana tidak kukuh dan akan membuatkan dia tidak selesa. Tapi tidak mengapa, dia lebih berani dari saya dan dia tidak menangis” ujarnya yang terpaksa keluar dari bilik bedah kerana tidak sanggup melihat puterinya berada di dalam kesakitan.

Sebelum prosedur mencabut gigi Isla-Rose dimulakan, bayi itu diberikan krim kebas kerana masih terlalu muda untuk diberikan anestetik.

“Kini dia nampak pelik sebab tak ada gigi,”jelasnya.

 

Menurut penasihat saintifik di BDA, Profesor Damien Walmsley,  “Keadaan gigi bayi yang tumbuh dan longgar ini boleh menyebabkan masalah semasa menyusu, ulser lidah, dan terdapat risiko gigi tercabut tanpa disedari. Bagaimanapun kes-kes ini jarang berlaku.”

Sumber- Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar