Siakap Keli

(Video)Tular Gambar Daging Dan Ikan Didakwa Ada Penyakit TB, Betul Ke Haiwan Pun ada TB? Ini Jawapannya

Menurut laporan CNN, pada 2014 dianggarkan seramai 9.6 juta manusia di seluruh dunia menghidapi penyakit tuberculosis (TB), berdasarkan data yang diperolehi daripada daripada Petubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Malah, pada tahun yang sama, seramai 1.5 juta orang berpontensi kehilangan nyawa akibat TB yang ditanggung menjadi semakin parah.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang lelaki telah memuat naik dua keping gambar bahan mentah dalam masakkan di Twitter yang mendakwa kedua-duanya sudah dicemari dengan penyakit TB. Berdasarkan gambar daging ikan dan daging biasa itu, terdapat ketulan-ketulan putih pada kedua-dua iasi tersebut yang dikatakan adalah tanda-tanda penyakit TB.

Betulkah haiwan pun boleh kena penyakit TB? Ya, dan ia sememangnya antara punca utama jangkitan TB berlaku pada manusia, walaupun satu ketika penyakit ini diketahui hanya merebak antara manusia ke manusia sahaja. Malah ramai yang tidak tahu bahawa penyakit TB ini boleh merebak melalui makanan, udara dan haiwan yang sudah dijangkiti penyakit ini. Dalam dunia perubatan, penyakit TB yang menyerang haiwan dikenali sebagai Bovine Tuberculosis.

Apakah Bovine Tuberculosis?

Bovine Tuberculosis adalah penyakit berjangkit yang berlaku dalam dunia haiwan mamalia seperti lembu.

Ia berpunca daripada bakteria Mycobacterium bovis (M. bovis) yang boleh menjangkiti pelbagai kumpulan makhluk mamalia seperti manusia, lembu, rusa, kambing, khinzir, kucing dan anjing. Bagi lembu, penyakit TB ini seringkali menyerang pada bahagian sistem pernafasan lembu tersebut.

Simptom-simptom TB pada haiwan

Ianya agak sukar untuk mengesan tanda-tanda fizikal penyakit TB pada haiwan di peringkat awal disebabkan tanda-tandanya hampir sama seperti tanda-tanda yang ditunjukkan penyakit lain. Bagaimanapun ia boleh dikesan apabila penyakit TB itu mula berkembang dan mencapai tahap baru.

Penyakit TB pada lembu juga boleh dikesan melalui ujian klinikal ataupun hanya diketahui setalah lembu itu disembelih dan organ dalamannya diperiksa.

Dari keadaan fizikalnya apabila TB itu semakin berkembang, haiwan-haiwan yang dipelihara akan susut berat badan dan kelihatan amat kurus. Haiwan-haiwan tersebut kerap mengalami demam biasa yang berulang-ulang, kelihatan lemah dan hilang selera makan.

Sesetengahnya juga mungkin mengalami masalah seperti timbul ketulan-ketulan pada bahagian leher, kerap abtuk terutama di waktu pagi dan musim sejuk.

Bagaimana ia merebak antara binatang?

Bukti-bukti penyakit Bovine TB ini dalam haiwan kerap ditemui pada bahagian kelenjar limfa dan paru-paru. Cara jangkitan utamanya adalah melalui bersin dan batuk haiwan yang dijangkiti tersebut.

Apabila haiwan-haiwan berpanyakit Bovine TB ini batuk atau bersin, bakterianya tersebar ke udara dan disedut oleh haiwan-haiwan lain yang berada dekat dengan haiwan yang sakit tersebut.

Selain itu, ia juga boleh berjangkit melalui penggunaan peralatan-peralatan khas khusus untuk sesuatu haiwan ke atas haiwan yang lain, sisa haiwan, makanan atau najis haiwan yang disahkan mempunyai penyakit TB.

Bagaimana ia merebak pada manusia?

Manusia boleh dijangkiti penyakit TB pada haiwan melalui beberapa cara :

1. Minum susu atau produk tenusu yang tidak dipastur seperti susu lembu, kerbau, kambing dan keju.

2. Menyedut udara yang dicemari oleh bersin atau batuk haiwan yang dijangkiti penyakit TB.

Risiko juga boleh meningkat sekiranya anda memiliki luka terbuka dan terdedah kepada bakteria-bakteria daripada haiwan-haiwan dijangkiti TB yang anda uruskan.

Apa yang anda perlu tahu mengenai penyakit TB ini adalah ia penyakit yang sangat rumit dengan keupayaan untuk menyerang organ lain, tidak terhad pada bahagian paru-paru sahaja. TB yang menyerang organ-organ lain dikenali sebagai pulmonary TB.

Bentuk penyakit TB terkemudian ini biasa buat binatang-binatang yang dijangkiti bovine TB, bagaimanapun ia sangat sukar untuk didiagnosis jika ia menjangkiti manusia.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=xhyI5U8JyBg]

 

Sumber : CNN, The Sun

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.