Siakap Keli

7 Tahun Penantian, Akhirnya Disahkan Hamil Selepas Berhenti Makan Makanan Segera

Setiap pasangan suami dan isteri pastinya mengimpikan cahaya mata sebagai penyeri hidup.  Ada pasangan yang bernasib baik, 2-3 bulan mendirikan rumahtangga sudah disahkan mengandung, namun ada juga yang mengambil masa bertahun-tahun untuk merasai proses kehamilan.

Antara punca masalah kesuburan wanita adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon yang boleh mempengaruhi wanita untuk hamil walaupun bertahun-tahun berkahwin.

Lazimnya wanita yang mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) antara yang mempunyai tahap kesuburan lemah.  PCOS adalah keadaan dimana kilang telur atau ovari wanita itu bengkak disebabkan benih terperangkap dan tak menetas pada waktu subur.

Wanita PCOS biasanya mempunyai berat badan berlebihan dan antara peluang untuk hamil adalah dengan mengawal pemakanan serta bersenam bagi mencapai tahap ideal.

The PCOS Awareness Symposium presented by PCOS Challenge, Inc. features world leading experts on Polycystic Ovary Syndrome. Presentations will cover PCOS research updates; fertility; nutrition; emotional wellness; PCOS in teens; prevention of cardiovascular disease and diabetes. This event will bring together clinicians, researchers, hundreds of women with PCOS and their supporters for a day of sharing experiences, insights and the latest updates about Polycystic Ovary Syndrome.

Sama seperti perkongsian daripada Puan Norfatin ini, usahanya untuk menurunkan berat dan menghentikan makanan segera membuahkan hasil apabila selepas 7 tahun penantian, akhirnya dia akan menimang cahaya mata.  Mari ikuti perkongsian Puan Norfatin, semoga dapat dijadikan panduan buat anda yang turut dalam usaha memperolehi anak.

Alhamdulillah atas segala nikmat Allah.
Insan yang bergelar suami kaktin ini, tidak pernah mengeluh atau kecewa di saat kami masih menanti kehadiran cahaya mata. Insan ini tidak pernah berputus asa malah sentiasa beri sokongan pada kaktin bila kaktin sedih setiap kali check upt hanya 1 line sahaja. Insan ini tidak pernah terasa hati kalau ada yang tanya, tak nak anak lagi ke? Percayalah, insan ini memang sukakan budak2, kalau tak, dia tak akan jadi kesayangan anak2 buahnya. Malah insan ini tidak pernah sesekali memaksa kaktin. Kami percaya akan takdir yang Allah aturkan buat kami.

Setelah 7 tahun penantian kami, Allah pinjamkan nikmat untuk kami mendapat berita gembira ini. Mengalir air mata kegembiraan insan ini. Berita yang tidak disangka, sebab kaktin pernah menjalani iui sekali pada tahun 2016 tapi tidak berjaya. Doktor pun dah byk kali suruh kaktin turunkan berat badan tapi kaktin
tidak berjaya jugak. Lepas tu kami break dari rawatan.

Awal tahun ini adalah titik perubahan pada kami. Kami nekad untuk menjaga kesihatan dengan mengamal diet kalori dan eat clean. Kalau dulu, peti ais penuh dengan frozen food mcm nugget, sosej, fries. Kini, kami berjaya tinggalkan semua makanan tersebut. Aktiviti dating pun bertukar kepada hiking, jogging dan zumba. Fokus kami memang untuk sihat dan Alhamdulillah, tanpa disangka buat pertama kali Kaktin tgk double line bila check upt. Kandungan Kaktin masih baru dan harapnya my precious baby ini mendapat doa dari semua. Doakan kandungan kaktin kuat dan sihat ye.

Kaktin doakan jugak semua kenalan kaktin yang masih menanti dan berjuang macam kaktin dlu, dimurahkan rezeki zuriat jugak. InsyaAllah janji Allah itu pasti.

Sumber: Norfatin Shaari

Nur Farra