Siakap Keli

Disebalik Ikan Goreng Ini Tersirat 1001 Pengorbanan Yang Suami Tak Tahu

Kerja rumah nampak macam mudah nak buat kan? Apa lah sangat setakat sapu sampah dan jemur pakaian.  Kacang goreng je.

Kacang bagi yang belum pernah buat.  Tugas seorang isteri bukanlah sesuatu yang patut dipandang remeh.  Pengorbanan mereka terhadap keluarga tak ternilai dengan wang ringgit. Setiap yang dibuat memerlukan daya usaha, kerajinan dan kesabaran yang tinggi.  Belum hilang lagi penat di pejabat, balik ke rumah pula harus menguruskan rumah tangga.

Bagus jika ada pasangan yang memahami dan ringan tulang membantu tugas rumah.  Belum lagi cakap pasal urusan anak-anak.  Hebatnya mereka sehinggakan mampu melakukan 3 hingga 4 tugas dalam satu masa.  Sambil memasak, bagi makan anak dan selesaikan tugasan rumah yang lain.

via GIPHY

Perkongsian daripada Tuan Taufiq ini wajar dibaca buat para suami yang mungkin terlepas pandang pengorbanan isteri anda yang sering kelihatan letih atau tiba-tiba meninggikan suara kerana lelah dengan tugas seharian.  Jangalah cakap isteri tu derhaka pula ya, cuba tanya dulu, “kenapa marah-marah ni sayang?”

Serius! Dulu saya pun nampak 2 ekor ikan je.

Sejak isteri saya tak boleh buat kerja berat sebab dalam pantang ni, saya ambil alih tugas dapur dan rumah.

Untuk siapkan 2 ekor ikan ni saya perlu bangun di waktu semua orang masih tidur. Yela, bila bangun je semua orang banyak pula mahunya kan. Sorang pampers dah penuh. Sorang nak mintak mandi, sorang pula mintak dukung. Haru jadinya kalau tak buat kerja ikut jadual yang betul.

via GIPHY

Sebelum tu, mula-mula nak kena pergi pasar dulu.. Nak pergi pasar pula kena tengok dulu duit dalam dompet cukup ke tak. Eh tak cukup! Kena pergi ATM lagi untuk cucuk duit. Dah sampai rumah nak kena kemas dapur lagi. Yela, mana ada mood nak masak kalau dapur tak setel. Nak masak kena ada mood, salah mood kang jadi terlebih masin pula lauknya.

Baru je nak goreng, bunyi anak menangis pula. Kena pujuk anak tidur dulu. Eh, dah habis pujuk sorang, yang lain pula meragam. Otak dah macam pecah empat belas sebab ada empat belas benda nak kena fokus pada satu satu masa!

via GIPHY

Dah setel semua, baru lah ikan ni selamat masuk di kuali. Eh dah selamatke? Tak lagi, sepanjang goreng ikan tu ada berbelas belas kejadian lagi yang berlaku tapi saya taknak tulis.

Kenapa?

Saya nak korang tanya sendiri mak dan isteri korang selama ni. Serius, bagi kita orang laki ni nampak 2 ekor ikan je tapi bagi yang alami dan buat semua ni, ni bukan cuma 2 ekor ikan!

Dalam gambar ni ada air mata, kepenatan, kesakitan, gembira, tawa, duka, cinta, setia dan pengorbanan yang tak dapat dilihat oleh mata saya selama ni.

Sungguh, korang rasa lah sendiri buat semua kerja rumah. Seminggu pun jadi lah. Masa tu la korang takkan nampak dah gambar ni cuma gambar 2 ekor ikan je. Korang akan nampak benda lain. Serius tak tipu.

Taufiq Razif
Bukan suami terbaik dunia tapi suami yang nak jadi yang terbaik buat anak dan isterinya

via GIPHY

p/s : Tu lah kenapa saya tak komen sangat masakan orang. Kita tak tahu berapa titis air mata, keringat dan pengorbanan fizikal dan jiwa yang ditempuh untuk menghasilkan masakan tu.

p/s : Saya suka kongsi ilmu didik anak kat Telegram saya juga. 100 ribu orang juga kat dalam tu. Klik je link ni ye untuk join t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber: Taufiq Razif

Nur Farra