Siakap Keli

Pakai Purdah, Wanita Ini Menjadi Yang Pertama Didenda

Wanita berusia 28 tahun ditahan kerana melanggar undang-undang pemakaian penutup wajah di tempat awam.  Kejadian berlaku Jumaat lalu apabila sekumpulan polis menyerbu salah satu kompleks membeli-belah di Horsholm apabila mendapat seorang wanita sedang bergelut dengan seorang wanita lain yang mahu mencabut niqab yang dipakainya.

Pun begitu, ketika polis tiba, niqab wanita tersebut telah pun tertanggal namun dia menyarungnya semula.

Denda serta-merta dikenakan sebanyak RM480 dan wanita tersebut diberi pilihan untuk menanggalkan niqab atau meninggalkan kawasan awam itu. Wanita itu walau bagaimanapun memilih untuk pergi daripada kawasan terbabit.

Undang-undang baru kerajaan ini yang berkuatkuasa 1 Ogos lalu bukan sahaja mengharamkan niqab tetapi turut melarang aksesori yang boleh menyembunyikan wajah seperti balaclava, topeng serta janggut palsu.

Selain Denmar, Belgium, Perancis, Jerman dan Austria antara negara yang mengenakan larangan sedemikian.

Sumber: BBC

Nur Farra