Siakap Keli
KLUANG 04 Ogos 2018. Tiang pagar rumah seorang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) disimbah cat merah dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam kejadian di Jalan Pimping, Kampung Dato Abdul Rahman Yassin, Kluang. STR/ADNAN IBRAHIM

Rumah Pegawai MPK Disimbah Cat Merah

Kediaman seorang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) disimbah dengan cat merah pada Jumaat lepas, dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menutup restoran milik warga asing di kawasan bandar itu, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Muhamad Laham berkata kejadian disedari oleh mangsa ketika keluar dari rumah di Jalan Pimping, Kampung Dato Abdul Rahman YassiMKn di sini untuk menunaikan solat Subuh, kira-kira 5.45 pagi.

Katanya, cat didapati disimbah di kedua-dua tiang pagar rumah dan berikutan bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga, dia lantas membuat laporan polis di balai berdekatan pada pukul 8 pagi.

“Mangsa yang berusia 43 adalah ketua penguatkuasa MPK yang mengetuai beberapa operasi penguatkuasaan terhadap premis warga asing. Namun, setakat ini, belum ada tangkapandibuat berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian agar tampil menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat (merosakkan harta benda). – Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)