Siakap Keli

(Video) “I Tak Cekik, I Just Tekan Dia,” Gadis Dikecam ‘Seksa’ Monyet Peliharaan

Mengikut Rang Undang-undang Kebajikan Haiwan, barang siapa yang bertindak kasar dengan memukul, menendang, mendera, mengabaikan atau meninggalkan mana-mana haiwan boleh didakwa atas kekejaman haiwan sehingga disabit kesalahan denda antara RM20,000 dan RM100,000 serta penjara tak lebih 3 tahun.

Realitinya terdapat beribu-ribu binatang yang sering menjadi mangsa kekejaman dan kepentingan manusia.  Ada diantara binatang ini ditangkap, dibunuh dan dizalimi semata-mata untuk mendapatkan wang.  Mereka dijadikan medium hiburan, makanan dan barangan aksesori.

via GIPHY

Orang ramai hari ini diminta agar lebih peka bagi membendung kekejaman keatas binatang dan jika ada indvidu yang mahu menangkap dengan kaedah kejam, mereka boleh dilaporkan serta didakwa di bawah Rang Undang-undang.

Sebagai manusia yang waras akal fikiran, tiada siapa yang sanggup memperlakukan binatang itu sedemikian.  Ada yang sengaja mengerat telinga kucing tanpa sebab dan ada juga yang sengaja melanggarnya.

Baru-baru ini kecoh di laman Twitter apabila satu video berdurasi 15 minit tersebar menyaksikan seekor monyet ‘dicekik’ dan dipukul berulang kali tanpa ihsan.  Pun begitu, setelah sedar video tersebut mula dikongsi ramai orang, pemilik haiwan berkenaan tampil membuat kenyataan balas, tapi jawapannya masih mendatangkan amarah netizen.

Sumber: Twitter

Nur Farra