Siakap Keli

Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura Antara Yang Terkandas Di Lombok

SINGAPURA: Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura merupakan antara rakyat Singapura yang terkandas di Lombok berikutan insiden gempa bumi yang berlaku di situ.

BACA: (Video) Gempa Bumi Skala 7.0 Landa Lombok Sekali Lagi, Gempa Terbesar Selepas 13 Tahun, 3 Dilaporkan Maut

K Shanmugam dan delegasi berada di Mataram, Lombok untuk menghadiri satu persidangan keselamatan.

Menurut catatan K Shanmugam di laman Facebook beliau, ketika kejadian berlaku, dia sedang membuat kerja di dalam biliknya yang terletak di tingkat 10 sebelum keadaan sekeliling terasa bergegar.

“Pada ketika itu, saya berada dalam bilik saya di tingkat 10 sedang membuat tugasan menggunakan komputer riba. Tiba-tiba bilik itu terasa bergegar, dinding retak, menghadapi kesukaran untuk berdiri. Terdengar jeritan. 

“Saya meluru keluar dan menuruni tangga untuk turun ketika bangunan itu masih bergoncang. Bekalan elektrik terganggu seketika. Banyak keretakan berlaku, pintu-pintu terjatuh. BBC menggambarkannya sebagai gempa bumi besar,” menurutnya yang dipetik dari perkongsiannya di laman Facebook.

Shanmugam turut menyatakan bahawa delegasinya selamat.

Gempa bumi bermagnitud 7 pada skala Richter menggegarkan utara Lombok berlaku pada jam 6.46 petang tadi dan gegaran turut dirasai di sekitar Pulau Sumbawa, Pulau Bali dan Jawa Timur yang setakat ini dilaporkan mengorbankan tiga nyawa.

Sumber- K Shanmugam Sc

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar