Siakap Keli

(Video) Tangan Kudung Bukan Penghalang Untuk Lelaki Ini Jadi Tukang Gunting Rambut Handal

Memiliki kecacatan diri bukanlah menjadi penghalang untuk pemuda berusia 20 tahun ini berjaya menjadi tukang gunting rambut yang berstail.

Gabriel Heredia yang merupakan warga Argentina dilahirkan dengan tangan kudung tetapi berjaya menjadi seorang pendandan rambut yang berjaya.

Menurutnya, dia enggan menjadikan kecacatannya itu sebagai halangan untuk berjaya dan meneruskan hidupnya sendiri.

Meskipun pada awal permulaan pembukaan kedainya, terdapat pelanggan yang datang dan menjadi ragu-ragu dengan keupayaannya namun tanggapan mereka berubah apabila Gabriel selesai menggunting rambut mereka.

Pemuda ini mula bekerja sebagai tukang gunting rambut sejak berumur 14 tahun dan sering berlatih cara menggunting rambut bersama rakan-rakan dan adik beradiknya.

” Pada suatu hari, saya menjadi terlalu ingin tahu tentang teknik menggunting rambut dan saya mula menggunting rambut rakan dan adik beradik saya,”ujar Gabriel.

Dia juga menjelaskan menggunting rambut ini hanyalah sebagai hobi pada awalnya sebelum berubah menjadi kerjayanya.

Malah, ibunya juga memainkan peranan dalam menjadi inspirasi untuk Gabriel menjadi pendandan rambut.

Gabriel berjaya membuka sebuah kedai salun rambut dengan bantuan keluarganya yang kini telah diusahakannya selama setahun setengah.

https://youtu.be/RhnVMQ5iM_k

Sumber- BBC

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar