Siakap Keli

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Kategori Pertama Di Sabah Sehingga 11 Ogos

Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman Facebook mereka telah mengeluarkan amaran angin kencang serta peringkat pertama.

Angin kencang itu dianggarkan berkelajuan 4-50 km/jam berserta ombak setinggi 3.5meter dijangka melanda perairan Perlis, Kedah dan Sabah sehingga Sabtu ini, 11 Ogos 2018.

Oleh itu, orang ramai diminta lebih berhati-hati dan menghentikan aktiviti melibatkan kapal dan pesisir pantai buat sementara waktu.  Ini kerana ia boleh mengundang bahaya terutama kepada bot kecil.

Dikeluarkan pada pukul 4:00 petang, 6 Ogos 2018

AMARAN KATEGORI KEDUA 
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Barat Daya berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak setinggi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket, timur laut Condore, utara Reef North dan utara Palawan sehingga Sabtu, 11 Ogos 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

(II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Selat Melaka Utara, Samui, selatan Condore, selatan Reef North, Layang-layang, Labuan dan Sulu sehingga Sabtu, 11 Ogos 2018.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Samui, Condore, Reef North, Layang-layang dan Sulu sehingga 8:00 malam; Isnin, 6 Ogos 2018.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Sabah (Barat dan Timur) sehingga Sabtu, 11 Ogos 2018.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

(II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Timur Sabah sehingga 8:00 malam; Isnin, 6 Ogos 2018.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

Nur Farra