Siakap Keli

Bayi Lahir Ketika Gempa Di Lombok Diberi Nama Muhammad Gempa

Ketika gempa besar berskala 7.0 yang menggoncang Lombok, ada khabar bahagia daripada Pusat Komando Kecamatan Bayan, Lombok Utara.

Sri Handayani melahirkan bayi lelaki dengan kaedah bersalin normal pada pukul 5 petang, Isnin, 6 Ogos 2018.  Menurut media tempatan, bayi itu lahir dalam dengan baik dan sihat, begitu juga ibunya.

Walaupun keadaan kesihatan Sri normal, tapi dikatakan dia masih mengalami trauma selepas merasai goncangan gempa besar yang terjadi pada hari sebelumnya.

“Disebalik musibah yang melanda Lombok, ternyata ada berkat yang tak terkira bagi Ibu Sri Handayani, 38,” kata salah seorang pegawai penyelamat yang memuat naik status di laman Twitter milik Palang Merah Indonesia.

Lahir disaat tanah kelahirannya dilanda gempa, Sri memberi nama yang akan selalu diingati pada semasa memperjuangkan kelahiran si buah hati.

“Bayinya diberi nama Muhammad Gempa Rizki.  Semoga sihat selalu.”

Sumber: Indonesian Red Cross

Nur Farra