Warning: getimagesize(https://siakapkeli.my/wp-content/uploads/2018/08/andhra-father.jpg): Failed to open stream: HTTP request failed! HTTP/1.1 404 Not Found in /var/www/html/wp-includes/media.php on line 5514

Warning: exif_imagetype(https://siakapkeli.my/wp-content/uploads/2018/08/andhra-father.jpg): Failed to open stream: HTTP request failed! HTTP/1.1 404 Not Found in /var/www/html/wp-includes/functions.php on line 3314

Warning: file_get_contents(https://siakapkeli.my/wp-content/uploads/2018/08/andhra-father.jpg): Failed to open stream: HTTP request failed! HTTP/1.1 404 Not Found in /var/www/html/wp-includes/functions.php on line 3336

Siakap Keli

Gara-Gara Bertengkar Dengan Isteri, Lelaki Campak Tiga Anak Ke Dalam Sungai

NEW DELHI: Seorang lelaki warga India didakwa membunuh tiga anak lelakinya dengan mencampakkan mereka ke dalam sungai selepas bergaduh besar dengan isteri keduanya pada Isnin.

Mayat kesemua anaknya yang masih kecil telah dibawa keluar dari sungai yang terletak di daerah Chitoor, Andhra Pradesh, selatan India.

“Pagi ini, mayat ketiga-tiga kanak-kanak itu ditemui oleh penduduk tempatan dalam keadaan terapung di sungai Neeva berhampiran sebuah jambatan di mandal Gangadara Nellore di sini sebelum mereka memaklumkan kami,” jelas seorang pegawai polis yang bertugas di Chittoor.

“Kami telah dimaklumkan bahawa bapa mereka sendiri yang membunuh ketiga-tiga kanak-kanak dengan membuang mereka ke dalam sungai selepas bertengkar hebat dengan isterinya.”

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Puneet, Sanjay dana Rahul masing-masing berusia enam, tiga tahun dan tiga bulan.

Menurut laporan media tempatan, ketika kejadian, keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah dari rumah ibu bapa isterinya.

Bagaimanapun, isterinya masih belum bersedia untuk pulang ke rumah mereka dan membuatkan suaminya berang sebelum mencampak anak-anak mereka ke dalam sungai Niva.

Anggota polis berkata mereka telah memberkas lelaki itu dan sedang menyiasat kes tersebut.

Sumber- India Today

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.