Siakap Keli

“Muka Ganas, Tapi Ada Yang Menangis Macam Budak Hilang Mak Dekat Mall,” Peguam Kongsi Situasi Sebenar Berlaku Di Mahkamah

Mahkamah merupakan badan bertanggungjawab untuk menjalankan tugas keadilan dan penghakiman yang dilaksanakan bagi menyelesaikan pertikaian antara 2 pihak. Dalam menjalankan satu perbicaraan hendaklah wujud pendakwa, orang kena dakwa, hak yang dituntu oleh pendakwa terhadap orang yang kena dakwa dan dakwa atau perkataan yang lahir daripada pendakwa semasa menuntut hak ke atas orang yang kena dakwa.

Mungkin tak ramai yang pernah merasai situasi di dalam mahkamah, samada kes berat ataupun kes ringan seperti saman trafik dan sebagainya.  Tapi, kalau kita tengok drama televisyen, situasi yang ditunjukkan semasa perbicaraan sangat tegang, orang kena tuduh mahu membela diri, peguam pula mengeluarkan hujah bagi proses pembelaan.

Bayangkan kes yang melibatkan OKT dijatuhkan hukuman mati, pasti ahli keluarga malah tertuduh sendiri tak sanggup menerima pengakuan salah yang disabitkan ke atas mereka.  Ketika inilah kita lihat penyesalan pada wajah tertuduh serta kesedihan terpancar disetiap wajah ahli keluarga.

Perkongsian Tuan Mufarwa sebagai Peguam berkongsi pengalaman ketika didalam kandang perbicaraan serta situasi sebak yang menyelubungi ruangan mahkamah apabila pertuduhan dijatuhkan.  Mari ikuti perkongsia beliau, semoga memberi manfaat kepada anda yang membaca.

 

Kalau kat Mahkamah, benda yang paling aku elak sekali untok tengok adalah ketika habisnya kes, ahli keluarga berkerumun pergi ke arah kandang dan berjumpa tertuduh yang berpakaian banduan.

Waktu tu, air mata, hingus hidung, teriakan dan tangisan semuanya boleh dilihat daripada dua-dua belah pihak.

Yang paling aku tak boleh tengok, apabila ibu dan tertuduh menangis sambil peluk dengan badan mereka bergetar-getar menahan tangisan. Sedih gila wooo..

Muka gengster macam mana pun, kau tokey dadah besar mana pun, kau bunuh orang banyak mana pun, tapi bila mak kau menangis sambil pelukkau, hilang terus title taiko kau dan air mata dah tak fikir lagi nak mengalir keluar.

Banyak kali dah aku tengok peristiwa macam ni. Muka ganas gila. Ada parut kat mata kesan bergaduh kena libas dengan pedang samurai. Tangan bertatoo naga.

Tapi.. Bila ibu dia datang peluk dan menangis, terus jadi macam budak hilang mak kat shopping mall.

Kalau benda macam ni berlaku, memang aku terus keluar court laju-laju lah. Tak sanggup tengok. Kang dengan aku-aku pun menangis sambil peluk mak dia.  Itulah gunanya keluarga. Banyak mana pun kawan-kawan dan keliling pinggang ramai awek.

Akhirnya keluarga juga orang yang terima kita waktu susah. Mak dan ayah kita juga terima kita dalam keadaan berbaju banduan dan banyaknya pertuduhan jenayah kita di mahkamah.

Mereka takkan hirau bau badan masam, bau baju hanyir dan ketiak busuk kita waktu kita peluk dia. Yang penting, mereka dapat peluk kita dan sentiasa bersedia untok menerima kita,

Walau jahat mana pun diri kita ni.

Nur Farra