Siakap Keli

Pihak Berkuasa Seluruh Dunia Keluar Amaran ‘Momo Challenge’ Galakkan Kanak-kanak Bunuh Diri

Pihak berkuasa seluruh dunia telah mengeluarkan amaran keras kepada setiap ibu bapa untuk memberi perhatian penuh kepada anak-anak selepas penularan cabaran MOMO, ‘Momo Challenge’ yang menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.

Pasukan polis dibeberapa negara telah menyatakan kebimbangan mengenai cabaran ini yang dikatakan lebih kurang sama dengan ‘Blue Whale Challenge’ yang telah membawa kepada 130 kes bunuh diri di Rusia.

Menurut Unit Penyiasatan Jenayah Komputer di negara Mexico Tabasco , permainan itu bermula di Facebook di mana ahli-ahli ‘dicabar’ untuk berkomunikasi dengan nombor yang tidak diketahui.

Beberapa pengguna dilaporkan mengatakan bahawa Momo bertindak balas dengan imej ganas dan pemain terancam jika mereka enggan mengikuti “pesanan” permainan.

Avatar yang digunakan oleh Momo adalah imej wanita dengan ciri-ciri yang mengagumkan dan mata yang menonjol diambil dari karya artis Jepun Midori Hayashi, yang tidak dikaitkan dengan permainan dengan cara apapun.

Sumber: The Sun UK

Nur Farra