Siakap Keli

(Video) Kanak-Kanak 3 Tahun Jatuh Dalam Lubang Ketika Bermain, Terperangkap Selama 30 Jam

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun, yang jatuh ke dalam lubang sedalam 165 kaki berjaya diselamatkan malam tadi selepas operasi menyelamat selama 30 jam di daerah Munger, Bihar.

Sanno telah jatuh ke dalam lubang dalam dan terperangkap sekitar 45 kaki kira-kira pukul 4 petang hari Selasa lalu.  Dia akhirnya dibawa keluar pada jam 9.45 malam hari Khamis, kata Polis Gaurav Mangla kepada wartawan.

Kanak-kanak terbabit, yang ditemani oleh ibu bapanya Nachiketa Sao dan Sudha Devi, digegaskan ke hospital Sadar menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan segera.

Kejadian berlaku apabila Sanno yang datang ke rumah datuk dan neneknya di kawasan Murgiyachak di bandar itu tiba-tiba jatuh ke dalam lubang dalam semasa bermain.

“Kerja menyelamat bermula dengan serta-merta setelah mengetahui dia dibawah lubang.  Dia diberikan oksigen dengan bantuan silinder dan paip yang dikendalikan oleh doktor yang dibawa bagi membantu proses menyelamat.”

“Kami menghantar pasukan kami oleh helikopter kerajaan negeri, mereka melakukan dua perkara: pertama, mereka membantu ibu gadis bercakap dengan gadis itu melalui bantuan peranti. Kedua, paksi mendatar telah diukir ke dalam parit supaya gadis itu boleh ditarik dengan selamat, “Komandan, Batalion ke-9 NDRF Vijay Sinha, memberitahu PTI.

Hujan renyai pada waktu petang memberi kesan sepanjang proses menyelamat. Para penyelamat melembar tarpaulin dan diletakkan di atas parit untuk mengelakkan air daripada meresap kerana ia boleh menjejaskan operasi menyelamat.

Ketua Menteri Bihar Nitish Kumar menyatakan kegembiraan selepas usaha menyelamat berjaya. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam operasi itu.

Sumber: ndtv

Nur Farra