Siakap Keli

(Video) Mata Berkedip, Mulut Bergetar Budak 6 Tahun Kejang Muka Lepas Main Permainan Video 9 Jam Tak Berhenti

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun telah digegaskan ke hospital selepas mengalami kejang seluruh muka selepas bermain permainan video selama lebih 9 jam sehari.

John Nathan Lising dari Philippines mula mengalami kekejangan otot muka yang teruk pada 23 Julai lalu.  Matanya berkedip tak berhenti dan bibirnya seperti bergerak-gerak.

Bapanya Edgar, 41 dan ibunya Judee, 40 menerima laporan doktor selepas imbasan otak dibuat dan mendapati otaknya sihat. Walaupun tak ada bukti yang kukuh bahawa kerosakkan muka itu berpunca daripada permainan video melalui telefon pintar dan tablet, tapi doktor memberitahu bahawa gejala-gejala itu seperti penyakit ‘Fokal’ iaitu sat jenis keadaan yang mempengaruhi separuh daripada otak.

Namun, ayahnya, Edgar yakin bahawa ketagihan permainan video menyebabkan serangan kejang muka secara tiba-tiba.

“Anak saya sentiasa sihat, dia tak pernah ada masalah sebelum ini.  Mereka main tanpa henti pada 23 dan 24 Julai.  Saya yakin penggunaan alat berlebihan itu adalah punca.”

Selepas seminggu kemudian, John sekali lagi mengalami kejang muka setiap 20 atau 30 minit walaupun sudah berhenti bermain permainan video itu.

Ibu bapanya membawa ke hospital berlainan untuk mendapatkan rawatan kali kedua.  Selepas melakukan pemeriksaan elektroencephalogram (EGG), keputusan masih negatif.

“Anak saya mengalami penderitaan dan saya tak tahu nak buat apa sekarang.  Dia akan tengok kartun sebaik saja bangun tidur.  Kemudian, pada pukul 3 petnag selepas pulang dari sekolah sampai tengah malam dia akan main permainan video melalui tablet atau telefon pintar.  Permainan yang dimainan hanyalah permainan kanak-kanak dan tiada unsur keganasan, tapi dia ketagih.”

“Doktor cakap kondisi itu boleh disebabkan penggunaan gajet tapi tiada bukti yang kukuh.  Sebagai ibu, saya percaya bahawa puncanya adalah disebabkan permainan video itu dan saya sendiri akan memberhentikannya daripada bermain aktiviti seperti itu.”

Sumber: Net Shark

Nur Farra