Siakap Keli
PONTIAN 08 OGOS 2018. Lokari kemalangan maut kereta Perodua Kancil bertembung dengan sebuah treler di Parit 1, Api-Api, Pontian dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang tadi. NSTP/IHSAN BOMBA DAN PENYELAMAT

3 Kanak-kanak Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata

PONTIAN 08 OGOS 2018 – Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Produa Kancil dan sebuah treler di KM65.5 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, dekat Api-Api, Pontian, hari ini.

Mangsa, Ahmad Mohd Noor, 49, dan Rohana Kosnan, 46, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian DSP Azri Noraini menerusi kenyataan berkata kejadian 3.35 petang itu dipercayai berlaku apabila treler terbabit yang dari arah Pontian menghala Benut, memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta Perodua Kancil dinaiki suami isteri dari Ayer Baloi ke Pontian itu.

“Siasatan awal mempercayai kemalangan berlaku apabila treler terbabit cuba mengelak sebuah kereta lain yang tidak dapat dikenal pasti yang ingin membelok ke Jalan Parit Satu, Pontian.

“Pemandu treler cuba menghentikan trelernya dengan membrek sejauh kira-kira 36 meter hingga menyebabkan ia memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Perodua Kancil,” katanya.

Beliau berkata pemandu treler berkenaan, seorang lelaki berumur 53 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya mayat suami isteri itu dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Nur Farra