Siakap Keli

“Dia Kata Anak Tu Rezeki Tapi Kerjanya Hanya Hadap Telefon Main Game,” Kecewa Sikap Suami, Isteri Nekad Buat Suntikan Perancang

Mesti ramai para ibu yang dah beranak ramai ada pasang niat nak buat perancangan keluarga, samada melalui suntikan atau pun pil.  Tujuan pengambilan perancang ini adalah untuk menjarakkan kehamilan.  Ia dikatakan adalah kaedah perancang selamat daripada kehamilan.

Pun begitu, daripada pandangan perspektif Islam, pengambilan perancang dibolehkan sekiranya mendapat keizinan suami.  Dalam hal ini, suami harus memahami keperluan isteri, mengapa perancang ini diperlukan.

Perkongsian Dr. Munira berkongsi pengalaman berhadapan dengan seorang ibu anak 3 yang berhajat untuk mengambil perancang ini bagus dijadikan rujukan buat para suami dan isteri.  Supaya tidak mendatangkan berat sebelah, kata sepakat perlu dicapai untuk kedua-dua pihak.  Barulah betul konsep rumahtangga bahagia kan?.  Mari baca perkongsian beliau, semoga bermanfaat.

Sumber: Doktor Munira Romlee

Nur Farra