Siakap Keli

Lelaki Kudung Pegang Gunting Guna Kaki, Tikam Pelancong Di Miami

Seorang pemuda berusia 22 tahun cedera selepas ditikam oleh seorang lelaki kudung menggunakan gunting yang dipegang dengan kakinya di pantai Miami.

Suspek yang dikenali sebagai Jonathan Crenshaw, 46, merupakan pelukis di kawasan tersebut yang terkenal dengan kebolehan melukis menggunakan kakinya.

Bagaimanapun, ketika di tahan oleh polis di pantai tersebut, Crenshaw mendakwa bahawa tindakan yang dilakukannya itu adalah berikutan ingin mempertahankan dirinya dari diganggu oleh pelancong tersebut yang dikenali sebagai Cesar Coronado.

Menurutnya, Coronado datang ke tempatnya semasa dia sedang tidur dan memukul mukanya secara sengaja.

Ketika polis sampai di tempat kejadian, mangsa telahpun terbaring dengan keadaan berlumuran darah dan cedera di bahagian lengannya.

Suspek kini di tahan oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan dan menunggu tarikh perbicaraan.

Sumber- TheIndependent

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar