Siakap Keli

Mohon ‘U’ Kena Muat Naik Video Dalam Sosial Media, Betul Ke Institusi Pun Kejar ‘Trending’?

Percambahan calon-calon bijak pandai lepasan SPM semakin ramai.  Ini membuatkan institusi pengajian tinggi perlu menapis kelayakan bakal-bakal graduan untuk menyertai universiti pilihan mereka.

Universiti Awam, Politeknik mahupun Kolej Komuniti menetapkan kriteria bagi pemohon bagi melayakkan diri mereka mengikuti kursus yang dipilih.

Ada institusi yang melibatkan temuduga sebelum layak ditawarkan dan ada juga yang menyaring pemohon melalui kreativiti menghasilkan video yang perlu dimuat naik menerusi laman media sosial masing-masing.  Apa pendapat korang?

Rata-rata yang memberi ulasan positif dan juga negatif.  Ada yang berpendapat tugasan ini seperti ‘membuli’ pemohon, namun ada juga yang merasakan ia merupakan tradisi institusi tersebut untuk memberi aspirasi kepada bakal pelajar supaya lebih yakin dan serius sebagai pemohon.

 

 

 

Sumber: Twitter Jimie

Nur Farra