Siakap Keli

“Tangkap Penjenayah Pakai Cheongsam,” Blossom Wong, Perisik Malaysia Dulu Terkenal Seantero Dunia

Generasi baru mungkin tak pernah dengar atau kenal siapakah dia Blossom Wong Kooi Fong.  Gambarnya bersama adik Presiden Kennedy, Robert F. Kennedy pernah tersebar di laman media sosial satu ketika dahulu dengan penampilan bergaya dan klasik.

Beliau antara wanita yang telah membukitkan kepada dunia bahawa kaum hawa juga mampu melakukan pekerjaan lelaki sehingga mendapat pengiktirafan luar negara.

Jadi, siapa sebenarnya Blossom Wong Kooi Fong?

KALAULAH KISAH BEKAS PERISIK PDRM INI DIFILEMKAN…

Aku pernah tulis mengenai beliau tak lama dulu. Namanya Supritendan (B) Blossom Wong Kooi Fong. Tak ramai yang tahu kisah Blossom sehinggalah beberapa tahun lepas fotonya mengiringi adik Presiden Kennedy, Robert F. Kennedy sewaktu melawat Malaysia sekitar tahun 60’an, menjadi viral di internet di Amerika Syarikat.

Sunday Times pernah interview dia.  Meh aku nak cerita siapa Blossom ini. Beliau yang kini berusia dalam 79 tahun, menyertai pasukan polis beberapa bulan sebelum negara kita mencapai kemerdekaan.

Tamat latihan, beliau ditugaskan sebagai Inspektor dalam Cawangan Khas (SB) dan tugas utamanya adalah melakukan penyamaran bagi mendapatkan maklumat pergerakan komunis.

Sepanjang penyamarannya, pihak komunis langsung tidak menyedari gadis kecil molek yang sering berbaju cheongsam ini adalah seorang inspektor, ini termasuk anggota polis sendiri!

Empat tahun kemudian, Blossom diarahkan ke Perak dan diarahkan menjaga lima buah balai polis dibawahnya. Selepas berkahwin pada tahun 1962, beliau ditukarkan ke Kuala Lumpur.

Ketika inilah beliau sering diberi tanggungjawab mengiringi keselamatan ramai VVIP dan tetamu kenamaan negara, antaranya isteri Presiden Korea Selatan, Park Chung-hee, Perdana Menteri Jepun, Eisaku Sato, Kennedy dan ramai lagi.

Pada tahun 1966, beliau mula ditukarkan sebagai pegawai penyiasat Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat di Kuala Lumpur.

Ketika inilah Blossom terus ‘mengganas’ apabila sering terlibat dalam penyamaran dan operasi membanteras kegiatan haram di ibu negara hingga mencapai banyak kejayaan.

Kehebatan Blossom membuatkan beliau terpilih mengetuai Bahagian Keganasan Seksual, Penderaan Kanak-Kanak dan Keganasan Domestik di Bukit Aman sebelum bersara pada tahun 1993.

Kalaulah kisahnya difilemkan..

Sumber: Syahril A. Kadir

Nur Farra