Siakap Keli

9 Tetamu Maut Keracunan Makanan Di Majlis Pengebumian

LIMA- Sekurang-kurangnya 9 orang tetamu maut dan puluhan yang lain jatuh sakit selepas keracunan makanan akibat termakan makanan di sebuah majlis pengebumian yang berlangsung di Peru pada Selasa.

Menurut Menteri Kesihatan, Jhon Tinco, makanan yang tercemar itu disyaki mengandungi organofostat, iaitu sejenis bahan kimia yang digunakan dalam racun perosak.

Kira-kira 20 orang yang jatuh sakit dan 9 maut selepas menghadiri majlis pengebumian itu dipercayai menjamah makanan yang disediakan ketika majlis itu iaitu hidangan daging dan air jagung yang dikenali sebagai Chicha.

Jelas Tinco lagi, kesemua mayat dan pesakit telah dipindahkan ke hospital di Ayacucho, siasatan lanjut dan bedah siasat juga akan dijalankan bagi menentukan punca kematian.

Sumber- AP

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar